Saturday, May 23, 2009

Sinar Harian 21/05/2009

Pasukan Sokor Baru akur kehebatan Tebing Tinggi
TANAH MERAH - Sokor Baru akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Te-bing Tinggi apabila pasu-kan berjersi kuning itu menewaskan mereka 3-1. Pergerakan lincah penyerang Tebing Tinggi sukar dibendung Sokor Baru biarpun mereka juga memiliki penyerang handalan yang mampu merobek tempo permainan pasukan berjiran dengan perumahan Kusial Baru itu. Apapun asakan Sokor Baru, dibentes Tebing Tinggi yang dikawal ketua pasu-kan berpengalaman mereka Zulkifli Isa. Dalam situasi padang lembab dan sedikit becak akibat hujan dua hari lepas, Zulkifli berjaya mengawal kecamuk diri anak-anak buahnya sepanjang perlawanan liga DUN Gual Ipoh itu berlangsung. “Serangan daripada pasukan Sokor Baru tajam berbisa, tetapi pemain Tebing Tinggi memiliki kepakaran mengendalikan bola dan akhirnya kami memenangi perlawanan tersebut,” kata Zulkifli. Rentak separuh masa pertama menyaksikan kedua pasukan saling berbalas serangan. Kedua pasukan memiliki penyerang bahaya. Justeru dalam minit ke-10 separuh masa pertama, Anuar Harun yang mendapat bola di bahagian sayap kiri melambung bola terus ke dalam gawang gol Tebing Tinggi dan tidak dapat diselamatkan penjaga gol pasukan itu. Jaringan itu memuncakkan semangat pemain Sokor Baru. Dengan pengalaman yang ada di dalam diri pemain, pasukan pelawat itu meneruskan usaha mencari gol melalui sepakan pantas pemain tengah, penyerang dan sayap. Namun, asakan pemain berjersi biru itu dapat dipatahkan pertahanan Te-bing Tinggi. Transformasi pengalaman pemain pinggir sungai itu ditunjukkan dengan kemahiran permai-nan bermutu. Justeru dengan gandingan semua pemain dalam minit ke lima belas separuh masa ke dua, Fadzrul Nizam Mustapha menyepak masuk bola ke dalam gawang gol Sokor Baru. Perlawanan menjadi semakin rancak dengan jari-ngan penyamaan itu. Apa pun hujan lebat menyekat kemaraan kedua pasukan. Padang kembali becak dengan air bertakung di sana sini. Pengadil meneruskan perlawanan meskipun cuaca gelap. Sokor Baru terus menyerang walaupun dalam keadaan becak. Namun, serangan itu dapat dihalang pemain pertahanan Tebing Tinggi. Dalam minit kedua puluh dua separuh masa kedua, Zulkifli Isa melambung bola terus ke kaki Masran Mad Zin. Dia menggelecek pertahanan Sokor Baru dan terus merembat masuk bola ke dalam gol. Gol kedua itu memberikan semangat juang kepada pasukan Tebing Tinggi untuk menguasai pertandingan. Pada minit ke-34 Su-raidy Yaacob menambah derita Sokor Baru dengan satu lagi jaringan cantik melalui sepakan kencang di penjuru sebelah kanan. Sementara itu Ketua Pasukan Tebing Tinggi Zulkifli Isa berkata, dalam usaha merebut piala liga, pasukannya akan berlatih bersungguh-sungguh. “Apa yang kami idamkan ialah piala liga. Justeru, bagi merealisasikan impian itu kami akan berlatih bersungguh-sungguh dan menganggap siap pasukan adalah kuat,” katanya.
sumber Sinar Harian edisi Timur
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Friday, May 15, 2009

Gambar koleksi 5: Assalamualaikum, Cikgu

Terima kasih, Cikgu....sempena hari Guru yang jatuh pada 16/05/2009 yang bertemakan GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, kami semua mengucapkan sekali lagi "TERIMA KASIH, CIKGU".Kerana didikan cikgulah,ada diantara kami menjadi negarawan,usahawan,pegawai kerajaan(gomen),profesor,lawyer,doktor,saintis,jurutera,perekacipta dan berbagai jawatan..Insya'Allah kami akan ingat sehingga keakhir hayat kami jasa cikgu kepada kami...

Dan kepada ibu-ibu belum terlambat lagi untuk kami anak2mu mengucapkan SELAMAT HARI IBU..kami sayang ibu..kaulah ratu hati kami.. kerana ibu yang mengandungkan kami selama 9 bulan, dan membesarkan kami tanpa penat dan lelah, menghantar kami kesekolah sehinggalah kami dewasa dan kerja...Dan kini kami nak balas jasa ibu dan ayah tapi...tapi....tak mencukupi dengan nilai wang ringgit..kerana jasa kedua ibubapa kita tak dapat kita nilai...Dan oleh itu kami AMAT SAYANG IBU dan AYAH..


Mmano ni?? mace rajin tengok tepat nii..??


Ya sangat...skoloh kito dulu...Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi..ni lah tepat ngajar cikgu Latif tinggi,cikgu latif pendek, mulloh cikgu mat misai, mulloh cikgu husin,mulloh cikgu ya,cikgu mat serok,cikgu semail panas,cikgu mat ombok, cikgu aziz, cikgu suhaimi dan cikgu2 yg xingat namo2...

Guano lambang dio kaburr doh...
Ado lagi klah ni...raso2nyer...peringkat mok ayoh kito dang ngaji di bangune ni...

Skoloh nilah telah melahirkan Pegawai Kerajaan,Profesor,Doktor,Pegawai Polis,Usahawan,Jurutera dan berbagai lagi jawate hok dari atas sapa ko bowohh..

meja ni masih guno sapa lonii..kukuh deh mace bangune nii..

Kanten skoloh..mace2 ado nasi lemok,nasi blauk,nasi kerabu..,karipap..air sirap muroh jah dulu..klu bowok samah tu boleh make mace2 doh tuu..

Teringat dulu tepat ngutip kemucup, sbb keno dendo ko Mulloh Cikgu Husin,
Dio nok ko kemucup tu..nok wat korek telingo dio (Zul, Senu jange maroh dehh..cumo teringat dulu2)

Skolah...SKTT

"Bbariss, angkat tangan...turun tangan..nyanyi lagu Negara ku.. "..nilah yg selalu kito dengar maso perhimpune pagi Ahad...di tepat ni...

Kriiinggg....Terima Kasih, Cikgu......


sayu bilo tengok skoloh, raso nok patoh kelik ko umur 8 tahun semula...nok skoloh balik...nok dengar semula...
"Semua bangun..."."Selamat pagi, cikgu.."."pagii" "duduk murid-murid"..Sekarang kito mulo belajar....A......B......C.."..haaahhaaa..emosilah puloknyer..berair mato...teringat kenange2 dulu maso skoloh..Oklah,sekali lagi kito pakat2 ucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepado pendidik2 diseluruh Malaysia..

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Tuesday, May 12, 2009

Gambar: Ttemu Mato Anok2 Kusia

Gambar-gambar sekitar program "Ttemu Mato Anok-Anok Kusia" di Rest.(xingat namo rest tu) di Chow Kit pada 9/5/2009. Syukur, alhamdullillah kerana dapat kito berkumpul walaupun hanya sebahagian ahli yang dapat hadir namun ianya cukup meriah sekali.Berbagai cerita dibualkan, berbagai agenda dicadangkan dan berbagai lauk-pauk, ulam-ulaman,budu menjadi hidangan yang dinikmati bersama-sama. Semoga pertemuan Anok2 Kusia di Lembah Kelang ini dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim sesama kito.Dan pada yang tak dapat hadir, Insya'Allah kito akan buat lagi dimaso akan datang.


Penaung kito, Dato' Baharum.


Pengerusi perantau Kusia, Dr Anuar Omardin.
Penasihat perantau, Sdr Nik Hassan Fauzi (tdk dapat hadir)


Setiausaha, Cikgu Ishak (kiri) bersama dengan Timbalan Pengerusi, Abe Are @ Azahari
Penolong SU,tuke ambik gambar..


Jong jago duit sumbangan dan tabung perantau. Bendahari kito Yie Pok Su Nawi



sebahagian ahli2 yang hadir, baru lepah menikmati ikan singgang ,petai ngan budu.

Tengoh dok ghalik bbual...

Dok tengoh dengar amanat dari Saupi Pok Mudo.
Kire kato Saupi paling menyerlah male tu..heeheee...

Berdiskusi tentang nok wat hari keluargo, cadange nok wat di Port Dickson pado 28/6/2009

Pada akhir pertemuan, doa dibaca oleh Saupi Pok Mudo, semoga pertemuan dan perbincangan kito diredhai oleh Allah s.w.t.

Bersurai.. semoga kito bertemu lagi. Insya'Allah pada Hari Keluarga di Port Dickson nanti

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sunday, May 10, 2009

Ttemu Mato Anok2 Kusia di Chow Kit 09/05/2009

Monday, May 04, 2009

Ttemu Mato Anok2 Kusia

Program : Ttemu Mato Anok2 Kusia
Tarikh : 09/05/2009
Hari : Sabtu malam Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Restoren depan Kiambang , Bangunan Umno Lama, Chow Kit, Kuala Lumpur.
Maghi belako deh...ghoyat ko set2 perantau Kusia belako..
kalu toktahu tepat boleh talipon ko:
Abe Are : 0199545459
Cikgu Sohok : 0196065490
Yie Poksu Nawi: 0123815982
Awie : 0129782291

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

 

Free shoutbox @ ShoutMix