Thursday, July 26, 2007
Tuesday, July 24, 2007
Blog Wajah Baru
Kini blog telah kembali semula dengan wajah baru.
Kepado anok2 kusia, sekiranya ada apa2 komen, cadangan, berita
dan segala aktiviti2 yang boleh kito kongsi bersama bolehlah kito
paparkan kat blog kito ni untuk kebaikan dan mengeratkan lagi
kekeluargaan kito sebagai anok2 kusia..
Untuk berito dari kampong pun ambo doh letak sebelah kanan..
Kalu nok join yahoogroups kusialbharu pun boleh jugok...
ado kat bawah kanan cuma masukkan alamat email and click join...
Timo Kaseh,
Awie
kusial69@gmail.com kusial69@yahoo.com
Posted by Awie at 4:09 PM 0 comments
Monday, July 23, 2007
Sejarah
Maklumat Latar Belakang
1. Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing Sungai Kelantan.
2. Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke suatu kawasan yang letaknya 3 km ke utara yang sekarang ini merupakan bandar Tanah Merah.
3. Bandar berkenaan menjadi lebih berkembang dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya stesen keretapi.
4. Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. Tetapi bermula pada 2 hb Februari 1955, jajahan Tanah Merah mula diwujudkan yang mana bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran sepenuhnya.
5. Bagi mentadbirkan bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952.Majlis Daerah Tanah MerahDitubuhkan pada tahun 1952 bagi mentadbir bandar Tanah Merah. Keluasannya adalah 1.95 km persegi yang kemudiannya di tambah menjadi 10.4 km persegi pada tahun 1958.Ianya kemudian dinaikkan taraf kepada Lembaga Bandaran Tanah Merah pada tahun 1958.Majlis Tempatan Gual IpohDitubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Gual Ipoh. Keluasannya ialah 7.8 km persegi.Majlis Tempatan Kusial Baru Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Kusial Bharu. Keluasannya ialah 2.6 km persegi.
6. Ketiga-tiga Penguasa Tempatan telah digabungkan pada tahun 1979 dan ditubuhkan Majlis Daerah Tanah Merah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, Majlis Daerah Tanah Merah juga merangkumi kawasan yang lain seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Kuala Tiga dan Bukit Panau. Luas keseluruhan kawasan ialah 136.6 km persegi.
Posted by Awie at 4:12 PM 0 comments
Sunday, July 22, 2007
Sorry Blog Ada Problem Skit..
Mintak maaf blog kito ni ado masaloh skit pasal background dia gelap sangat
so skarang ni ambo tengoh ejast skit... mungkin ambik masa shari dua...
Maaf boh...diatas masalah teknikal yang tokdapat dielakkan..
Posted by Awie at 10:22 PM 0 comments
Thursday, July 19, 2007
Baca Sinar Harian hari ini
Berita Sukan dlm akhbar Sinar Harian hari ini..
PKNS uji kehebatan Veteran Kusial
TANAH MERAH - Biarpun tewas tipis 1-2 kepada kelab veteran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun pujian kecemerlangan dan kehebatan pemain pasukan bola sepak Ikatan Setia Veteran Kusial Baru (ISVKB) harus dikalungkan kepada mereka kerana mempamerkan aksi lincah, kental dan tabah di hadapan penyokong lawan.
http://www.sinarharian.com.my/
Posted by Awie at 2:01 PM 0 comments
Tuesday, July 17, 2007
Meeting AJK Perantau Kusia
Assalamualaikum semua,
Meeting AJK Perantau Kusial akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 20/7/07 Hari Jumaat mlm Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kedai nasi berlauk dpn Kiambang Kg Baru,
Kuala Lumpur
Semua AJK dijemput hadir bagi membincangkan agenda2
untuk memantapkan dan mengadakan xtvt2 bagi
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan
Perantau Kusial.
Terima Kasih,
Cikgu Sahak & Awie
Posted by Awie at 11:39 AM 0 comments
ISVKB ~ Pasukan Bolasepak Veteran Kusial Bharu
Berita dari Bad (Zamany)
Pete ni ado pelawene bolasepak veteren Kusia ~ ISVKB menentang Kelab Cino Kelate..
bertempat di Kota Bharu, (Stadium ko???)
Kepado ore Kusia hok ado di kawase2 dekat arap gi ler bagi sokongan yg padu ko pasuke Kusia kito..
Kito harap pasuke kesayange kito bole gi jauh lagi...
Posted by Awie at 9:03 AM 0 comments
Monday, July 16, 2007
Chatting kat Blog kito..
Assalamualaikum semuo perantau dan ore kusia,
Stat ari ni kito boleh nok msg kat sini doh. .. msg tu ado kat bawoh skali... sapo-sapo nok msg silo guna.......xpayoh doh guno email...kito pakat msg kat sini lagi senang...
Taip namo kito atau gelaran gapo2 hok demo suko... kalu boleh biar kito kenal dehh..
lepah tu taip gapo2 kat message tu... lepah tu klu nok kuar kat skrin tu.. shout!
Bereh Silo cubo jange segan2....
Awie
Posted by Awie at 9:50 AM 0 comments