Thursday, January 06, 2011

Keratan akhbar Utusan ~ 6/1/2011

Banjir: 16 sekolah di Kelantan tutup
06/01/2011 3:47pm

KOTA BAHARU 6 Jan. - Seramai 4,913 murid dan pelajar di 16 sekolah di negeri ini diarah pulang secara berperingkat bermula pukul 9 pagi tadi apabila kawasan sekolah mulai dinaiki air.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang berkata, 16 sekolah yang ditutup itu membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah.

Beliau berkata, sekolah terlibat ialah enam di Pasir Mas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol, Rantau Panjang, SK Bakong, Rantau Panjang, SK Kedondong, Pasir Mas, SK Kampung Baru, Rantau Panjang, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Fallah, Rantau Panjang dan SABK Diniah, Rantau Panjang.

"Di daerah Tumpat pula empat sekolah ditutup iaitu SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Chenderong Batu dan SABK Nurulhuda, manakala di Tanah Merah pula membabitkan enam sekolah iaitu SK Tebing Tinggi, SK Ladang Kerilla, SMK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Kulim,” katanya. - Bernama
Sumber:Utusan Online 6/1/2011
"Kito Anok Kusia"Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

 

Free shoutbox @ ShoutMix