Tuesday, March 24, 2009

Pasukan bolasepak KRT Perumahan Kusial Bharu







Gambar2 pasukan bolasepak KRT Perumahan Kusial Bharu ketika sesi latihan.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Monday, March 16, 2009

Sinar Harian 16/03/2009 ~2

Kelemahan dibaiki meskipun menewaskan 5 RAD
TANAH MERAH - Meski-pun pun berjaya menewaskan pasukan pantas 5 Rejimen Artileri Diraja (RAD) enam gol berbalas satu dalam perlawanan persa-habatan baru-baru ini, pa-sukan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru tetap membaiki kelemahan yang wujud dalam pasukan tersebut. Pengurus pasukan, Rozi Safaai berkata, meskipun mencipta kemenangan besar dalam perlawanan tersebut, segala kelemahan sudah dikenal pasti. Menurutnya, bahagian pertahanan tetap diperkemas apa lagi dengan serangan dan tengah. Sudut sayap juga dicuba pemain baru, namun masih memerlukan kecekapan pemain lama yang berpe-ngalaman. “Stamina 5 RAD hebat, mereka terlalu lasak kalau hendak dibandingkan dengan pasukan saya. “Permainan mereka juga pantas, apa pun mungkin taktik melebihi pasukan kami,” katanya pada Sinar Harian. Mengulas mengenai perlawanan menguji kemantapan pasukan KRT Perumahan Kusial Baru, beliau berkata, bermula seawal minit pertama, permainan menjadi begitu pantas dan bertenaga sekali. “Kedua-dua pasukan saling serang menyerang selain mempamerkan aksi menarik dan mengagumkan penonton,” katanya. Menurutnya, 5 RAD begitu yakin dengan permainan dan mutu persembahan mereka apa lagi bermain di padang sendiri dengan mendapat lonjakkan moral daripada rakan sepasukan. Dalam beberapa minit tertentu serangan bertubi kali 5 RAD menjadikan KRT Perumahan Kusial Baru hilang punca. Permainan pasukan KRT Perumahan Kusial Baru menjadi kucar-kacir sewaktu pasukan tuan rumah menguasai keadaan. Pemain seolah-olah meninggalkan posisi masing-masing. Ke-sempatan itu dicuri pemain pantas 5 RAD dengan penyerang bertenaga mereka yang masih muda dan lincah. Dengan penyatuan stamina dan kepantasan serta taktik selain umpan tepat ternyata mengelirukan pa-sukan KRT Perumahan Kusial Baru, akhirnya 5 RAD mendahului pasukan pelawat dalam minit ke lima belas separuh masa pertama dengan 1 gol berbalas 0. Apa pun perlawanan akhirnya memihak kepada pasukan KRT Perumahan Kusial Baru bila pasukan tersebut menewaskan 5 RAD enam gol berbalas satu.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sinar Harian 16/03/2009 ~1

Mangsa kebakaran terima bantuan
KAMPUNG GETING - Mangsa kebakaran, Zainuddin Ariffin, 48, yang kehilangan seorang anak Orang Kurang Upaya yang rentung dalam kejadian kebakaran semalam mendapat perhatian Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaru-din Jaafar. Bantuan berupa wang tunai tersebut disampaikan oleh Pega-wai Khas Ahli Parlimen Tumpat, Mohd Nawawi Adam. Mohd Nawawi berkata, keluarga itu akan dibantu oleh kerajaan negeri di bawah bantuan Tabung Serambi Mekah dalam masa tersekat. Sementara itu, hasil usaha Penghulu Kampung Geting, Sabri Husin mengutip derma di tempat kejadian ketika penduduk kampung berkumpul menyaksikan kejadian kebakaran tersebut berjaya mengumpul wang sebanyak RM747.50. Sabri berkata, setakat jam 4.20 petang semalam, pihaknya berjaya mengutip derma daripada penduduk kampung sebanyak RM747.50, manakala masih ada lagi derma daripada orang ramai yang dikutip di masjid. “Bagaimana pun, wang tersebut masih belum diserahkan kepada keluarga mangsa kebakaran kerana masih ada lagi kutipan derma akan dilakukan,” katanya. Seorang anak Zainuddin, yang berusia 21 tahun iaitu Mohd Zulhazwan rentung apabila terperangkap dalam bilik tidur dalam kebakaran yang meranapkan dua rumah berkembar kelmarin. Mangsa yang tinggal bersendirian sedang tidur dalam bilik kerana adiknya, Mohd Zulhafiz, 15, keluar ke kedai membeli gula.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sunday, March 15, 2009

Berita Minggu 15/03/2009


Lelaki OKU rentung
Oleh Khairul Anuar Abdul Samadkrull@bharian.com.my
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat meninjau tempat kebakaran yang menyebabkan Mohd Zulhazwan (gambar kecil) rentung di Kampung Geting, dekat Tumpat, semalam.
Mangsa ditinggal seorang diri ketika kejadianTUMPAT: Seorang remaja terkilan apabila abangnya yang kurang upaya yang selalu dijaganya, rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah separuh papan di Kampung Geting, dekat sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Zulhazwan Mohd Zainuddin, 22, ditemui rentung di belakang pintu sebuah bilik.
Adik mangsa, Mohd Zulhilmi, 18, berkata kebiasaannya beliau ditugaskan menjaga abangnya yang tidak banyak bercakap selepas di-serang demam panas beberapa tahun lalu, namun pada petang kejadian, tergerak hatinya untuk mengikut ayah serta ibunya ke Kusial, Tanah Merah. Katanya, sebelum meninggalkan rumah itu, adiknya, Mohd Zulhafiz, 15, berjanji akan menjaga abangnya itu sebaik mungkin, ketika beliau dan keluarga tiada di rumah. "Mohd Zulhafiz dikatakan meninggalkan Mohd Zulhazwan seorang diri dalam rumah berkenaan dan mengunci pintu rumah itu dari luar untuk ke kedai berhampiran, ketika kebakaran berlaku.
"Saya dan keluarga masih dalam perjalanan ke Tanah Merah, apabila ibu, Che Hamidah Che Mood, 48, menerima panggilan mengenai kejadian itu dan bergegas pulang, sebelum mendapati abang sudah rentung," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, penghuni kedua-dua rumah berkenaan tidak mengalami kecederaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kelabo-ran, dekat sini untuk bedah siasat. Mohd Zulhilmi berkata, apa yang menyedihkan, orang kampung cuba memasuki rumah itu untuk menyelamatkan barangan secara menendang pintu utama tetapi gagal kerana pintu terkunci selain api marak dengan cepat. "Ketika itu, orang kampung tidak sedar bahawa abang masih ada dalam rumah dan saya percaya Mohd Zulhazwan berusaha menyelamatkan diri tetapi disebabkan kecacatan dialami, beliau gagal berbuat demikian," katanya.
Jiran Mohd Zulhilmi, Selamah Daud, 58, berkata ketika kejadian, beliau berada dalam rumah bersama dua anaknya, sebelum melihat api sedang marak pada bahagian atas rumah yang didiami Mohd Zulhazwan. Katanya, memandangkan rumahnya berkembar dengan rumah mangsa, beliau berusaha untuk memadamkan kebakaran itu dengan alat pemadam kebakaran, namun gagal. "Jiran menyelamatkan saya serta dua anak dari rumah itu dan hanya tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan sebarang harta benda lain," katanya.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Wednesday, March 11, 2009

Blog baru masih dalam pembikinan

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Thursday, March 05, 2009

Sinar Harian 5-3-2009

KRT Perumahan Kusial Baru rampas liga

TANAH MERAH - Dalam usaha merampas Piala Liga Tanah Merah, pasukan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru giat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan liga yang bakal diadakan nanti.

Pengurus pasukan tersebut, Rozi Safaai berkata, latihan intensif tersebut dilakukan setiap hari bermula jam 5.30 petang yang dikendalikan oleh jurulatih Mokhtar Che Kob dan Kamardin Mahmood.

“Tahun lepas kita telah menjadi naib juara liga tersebut. Tahun ini juara Liga Tanah Merah bakal menjadi miliki kita memandangkan latihan intensif yang kita dilakukan setiap petang,” katanya pada Sinar Harian.

Seramai dua puluh pemain menjalani latihan di Padang Perumahan Awam di sini.

Taktik dan teknik penguasaan bola serta latihan mental dan fizikal sangat ditekankan sepanjang latihan diadakan.

Selain menjalani latihan keras, perlawanan persahabatan juga akan dikerapkan dalam usaha mengimbangi rentak persembahan.

Perlawanan tersebut bakal menguji ketajaman barisan serangan selain memastikan bahagian pertahanan dan tengah mantap dan sukar ditembusi lawan.

“Itulah antara latihan yang dijalankan sekarang dalam usaha merealisasikan impian pasukan.

“Kelemahan liga lalu akan menjadi iktibar kepada pasukan kami untuk terus memantapkan pasukan,” katanya.

Sehingga kini sudah tiga perlawanan persahabatan diadakan antara pasukannya dengan Teratak Batu dan 5 Rejimen Artileri Di Raja (RAD).

Biarpun tewas sekali dari tiga kali perlawanan, latihan itu menunjukkan kesan positif ke arah kebangkitan pasukannya.

Membelasah 5 RAD 6 gol berbalas 1 di Kok Lanas, menewaskan Teratak Batu di Pasir Putih 2 gol 1 dan tewas dengan Teratak Batu di Tanah Merah hasil jaringan gol sendiri, ternyata menunjukkan prestasi tinggi pasukannya.

Selain itu, banyak lagi perlawanan persahabatan akan diadakan dengan pasukan handalan Kelantan bagi memastikan pasukan KRT Perumahan Kusial Baru gergasi bola sepak Kelantan.

“Kami akan sertai mana-mana kejohanan liga yang dijemput.

“Justeru dalam usaha menjadikan pasukan KRT Perumahan Kusial Baru pasukan yang digeruni bukan sahaja dalam jajahan Tanah Merah, malah Kelantan amnya, kami akan cuba memenuhi setiap undangan yang diterima,” katanya.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Monday, March 02, 2009

Bola: Kelantan vs Selangor



Gambar2 semasa perlawanan bola Kelantan vs Selangor di Stadium Shah Alam, yang ramai jugok set2 anok2 Kusial pergi.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sunday, March 01, 2009

Keputusan pengundian blog

Salam, berikut adalah keputusan daripada pengundian yang dijalankan dalam tempoh sebulan bermula dari 28/1/2009 sehingga 28/2/2009. Seramai 77 org telah membuat undian dan keputusan adalah seperti berikut
1.Tukar dan buat yang baru 43 55%
2.Buat sedikit perubahan 25 32%
3.Tak perlu tukar, yang ni pon dah ok 3 3%
4.Ikut suka moderator 6 7 %
5. Tak tahu 0 0%

Terima kasih pada semua. Insya'Allah blog ini akan berwajah baru sedikit masa lagi.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

 

Free shoutbox @ ShoutMix