Wednesday, December 31, 2008

Sinar Harian 31/12/2008

Sungai Golok hampiri paras bahaya


KOTA BHARU – Sungai Golok di Rantau Panjang kini melebihi paras waspada dengan bacaan 8.21 meter berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu dan menyebabkan beberapa penempatan penduduk di kawasan rendah digenangi air.

Tinjauan Sinar Harian mendapati penduduk Kampung Tersang, Jeram Perdah, Kam-pung Siram dan beberapa lagi di Rantau Panjang mulai risau dengan keadaan hujan tanpa henti dan cuaca mendung setiap hari.

Keadaan itu menyebabkan penempatan mereka di kawasan rendah digenangi air akibat hujan tanpa henti sehingga air melimpahi laluan jalan di kampung mereka berikutan sistem perparitan yang tidak teratur.

Beberapa pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jeram Perdah juga digenangi air dan menyebabkan anggota pasukan terbabit terpaksa mengharungi air untuk naik ke pos kawalan itu.

Selain sungai itu, Sungai Kelantan di Kusial pula pada paras waspada dengan bacaan 12.00 meter manakala sungai utama lain masih berada paras normal.

Sementara itu, lima sungai lain mencatatkan bacaan normal. Sungai Galas di Dabong 29.24 meter, Sungai Lebir di Tualang 25.11 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai 19.12 meter.

Sungai Kelantan di Jeti Kastam pula berada pada paras 0.30 meter dan Sungai Golok di Jenob 21.31 meter waspada 21.50 meter).
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Tuesday, December 23, 2008

Sinar Harian 23/12/2008

Liga bola sepak bantu lahirkan pemain berpotensi

TANAH MERAH - Kekerapan dan kerancakan mengadakan pertandingan liga bola sepak daerah sedikit sebanyak dapat membantu melahirkan ramai pemain potensi sukan tersebut di sini.

Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan NSO, Datuk Nik Saidina Omar Nik Zainal Abdin berkata, kekerapan itu memberi peluang kepada pemain menunjukkan aksi lincah mereka yang terpendam selama ini.

“Di Tanah Merah ini terdapat ramai pemain bola sepak berbakat. Setiap kali liga bola sepak diadakan, akan ada bakat-bakat baru muncul yang pasti gegarkan peminat sukan itu di daerah ini.

“Oleh itu, untuk menjadikan daerah ini lubuk bola sepak, bakat-bakat potensi itu hendaklah dipantau dari semasa ke semasa dalam ikhtiar untuk lahirkan pemain terkenal,” katanya pada Sinar Harian.

Saidina Omar berkata, bakat-bakat hebat itu pastinya membantu menaikkan imej sukan tersebut di sini, seterusnya berpeluang ke peringkat lebih tinggi lagi, sekiranya mereka di beri peluang beraksi.

Kata Saidina Omar, selain kekerapan mengadakan liga, sebuah pasukan Tanah Merah yang kuat perlulah diwujudkan dalam usaha mengangkat imej bola sepak daerah ini.

Oleh itu, untuk menempatkan diri dalam pasukan daerah, pemain perlu bertungkus-lumus mempersembahkan permainan terbaik mereka dalam usaha untuk diserapkan ke dalam kesebelasan pemain daerah.

Sementara itu pengurus pasukan KRT Perumahan Kusial Baru, Rozi Safaai berkata, pertandingan persahabatan antara kampung berdekatan juga merupakan salah satu usaha untuk melahirkan pemain bola sepak hebat daerah ini.

Melalui pertandingan tersebut, seseorang pemain boleh dikesan bakat mereka untuk diketengahkan, seterusnya digilap menjadi permata bola sepak daerah.

“Ramai pemain kampung menjadi pemain terkenal negeri. Oleh itu pemilihan daripada kampung merupakan faktor pertama menyumbang ke arah pemain terkenal daerah,” katanya.

Rozi berkata, padang kampung merupakan tempat pertama pemain berbakat menunjukkan kebolehan mereka. Oleh itu setiap padang kampung mesti dimanfaatkan oleh remaja dalam usaha menjadikan mereka pemain bola sepak terkenal daerah.

Bagi Mokhtar Che Kob yang juga merupakan bekas pemain veteran Tanah Merah, klinik bola sepak perlu diadakan dari semasa ke semasa dalam usaha melahirkan ramai pemain berbakat daerah ini.

“Ini satu lagi program yang perlu kerap diadakan. Klinik bola sepak penting bagi membantu menaikkan imej bola sepak daerah ini.

“Melalui klinik ini juga bakat terpendam dapat dicungkil untuk dipersembahkan kepada pihak tertentu dalam usaha jadikan Tanah Merah gergasi bola sepak Kelantan,” katanya.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Tuesday, December 16, 2008

Sinar Harian 16/12/2008

Manfaat kemudahan gelanggang kampung

TANAH MERAH - Dalam usaha merealisasikan impian untuk muncul sebagai jaguh sukan hebat masa depan, seseorang atlet tidak semestinya berlatih menggunakan kemudahan hebat dan baik.

Mereka harus memulakan latihan peringkat awal di gelanggang kampung yang turut mempunyai kemudahan asas.

Justeru, dalam merealisasikan hasrat mahu muncul juara pada masa depan, Penyelia Pembangunan Mukim Tebing Tinggi, Hanapi Mat Ali menyarankan supaya gelanggang-gelanggang ada dalam mukimnya digunakan sebaik mungkin.

Katanya, gelanggang kampung adalah permulaan asas latihan untuk membentuk dan mengilap atlet muda sebelum muncul sebagai pemain sukan terhebat.

“Pemain bola sepak tidak memulakan permainan mereka dalam stadium tetapi memulakan kariernya di sebuah padang kecil kadang-kadang di tebing sungai atau di pinggir bukit.

“Begitu juga dengan sepak takraw dan badminton atau permainan lain, semuanya bermula di gelanggang kampung yang serba kekurangan.

“Manfaatkanlah gelanggang-gelanggang sedia ada dalam mukim ini, supaya ia tidak terbiar ditumbuhi rumput dan tidak terurus,” katanya pada Sinar Harian.

Hanapi berkata, selain mengeratkan hubungan dengan kegiatan sukan yang dilakukan di gelanggang tersebut, gejala tidak sihat juga akan dapat dikurangkan.

Hanapi juga memuji pasu-kan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru mulai dikenali ramai di kalangan peminat sukan itu di jajahan ini biarpun hanya menjadi naib juara piala liga baru-baru ini, namun pasukan tersebut ada peningkatan dari segi mutu dan kemahiran permainan.

“Saya yakin jika warga setempat manfaat gelanggang atau padang yang ada dalam kampung, akan ada yang muncul sebagai pemain hebat bukan sahaja untuk daerah, negeri malah negara.

“Ingatlah, kehebatan seseorang itu bermula dari sebuah gelanggang kampung yang tidak dikenali,” katanya.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Monday, December 15, 2008

Sinar Harian 15/12/2008

Tahun depan misi juara sepak takraw Kusial Baru

TANAH MERAH - Meskipun berlatih di gelanggang terbuka di tebing Sungai Kusial Baru, misi mencari juara sepak takraw tahun depan daerah ini telah bermula beberapa bulan lalu.

Pengurus pasukan tersebut, Shuzaidi Shukri berkata, beberapa pemain pelapis dikenal pasti untuk menggalas impian memburu juara liga yang bakal dipertandingkan nanti.

“Individu potensi kenal pasti untuk menyertai pasukan kami kerana kejaguhan mereka di gelanggang diuji beberapa kali dalam sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

“Ternyata, mereka hebat dan mampu membantu menjulang juara pasukan pada perlawanan yang bakal diadakan nanti,” katanya pada Sinar Harian.

Bercakap di gelanggang latihan di sini, Shuzaidi berkata, bagi memantapkan lagi pasukannya, perlawanan persahabatan bagi menguji kemampuan cukup penting dan patut dikerapkan.

Justeru, beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Bandar Machang diadakan selain menentang pasukan Kelaweh serta pasukan lain dalam jajahan Tanah Merah.

“Melalui perlawanan tersebut, kelemahan dan kemanta-pan pasukan dapat dikesan, selain melatih pemain supaya tenang menghadapi karenah penonton di gelanggang.

“Ketenangan penting dalam setiap perlawanan kerana kalau hati tidak tenang dan tidak mempunyai komitmen, pemain juga turut goyah,” katanya.

Mengimbau kejaguhan pasukannya Shuzaidi berkata, beberapa siri kejohanan liga disertai seperti kejohanan sepak takraw anjuran Persatuan Sepak Takraw Dewan kecil Machang, Liga Sukan Komuniti Dun Gual Ipoh dan terbuka Tanah Merah, Piala Liga Yang Berhormat Abdul Fatah Mahmood.

Biarpun tidak berjaya menjuarai liga dan meraih tempat teratas dalam pertandingan tersebut, namun pasukannya berjaya mengubah kedudukan dari tercorot.

Ditanya Sinar Harian apakah pasukan sepak takraw Kusial Baru memerlukan jurulatih daripada luar daerah untuk melonjakkan imej pasukannya, Shuzaidi berkata, setakat ini khidmat itu tidak diperlukan memandangkan kesemua pemain merupakan pemain yang banyak pengalaman.

“Pemain yang bermain dengan pasukan kami sudah beberapa menyertai pertandingan dan mereka sudah mempunyai banyak pengalaman. Oleh itu, khidmat jurulatih luar tidak diperlukan buat masa sekarang,” katanya.

Kepada penduduk sekitar yang berminat dengan sukan sepak takraw, Shuzaidi menyeru supaya menyertai pasukannya demi untuk melonjakkan imej pasukan itu bukan sahaja di dalam jajahan Tanah Merah ini, malah di Kelantan amnya.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Thursday, December 11, 2008

Hari Raya Aidil Adha 8/12/2008

Bersama dgn CEO Media Prima, Datuk Seri Farid

Bergambar dgn pengacara MHI TV3, Fidri

Pengacara Majalah 3, Nurul Syuhadah

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Wednesday, December 10, 2008

Sinar Harian 10/12/2008

Kelantan banjir lagi

KOTA BHARU – Hujan lebat yang melanda Kelantan sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini mula dinaiki air sehingga memaksa penduduk yang tinggal di kawasan rendah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Alam, seramai 73 penduduk di jajahan Kuala Krai dipindahkan berikutan banjir yang melanda beberapa kawasan di jajahan tersebut.

“Daripada 73 mangsa banjir itu, 64 daripadanya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil manakala sembilan lagi ditempatkan di Dewan Pejabat Haiwan jajahan,” katanya.

Hujan lebat itu juga menyebabkan paras air di sungai utama di negeri ini meningkat terutama paras air Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.18 meter yang mana paras bahayanya ialah 9 meter.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sunday, December 07, 2008

Utusan Malaysia 7/12/2008

Amaran hujan lebat peringkat jingga

07/12/2008 2:59pm

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Hujan sederhana dan kadangkala lebat dijangka turun dari semasa ke semasa di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Selasa ini.

Di Kelantan, daerah yang terbabit termasuk Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai, kata Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Di Terengganu pula ia meliputi daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu, sementara di Pahang meliputi daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Bera, Temerloh dan Pekan serta Mersing di Johor Timur.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai, kata jabatan itu.

Bagi Sabah, hujan sederhana dan kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga malam esok yang akan meliputi kawasan Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang. – Bernama


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Thursday, December 04, 2008

Utusan Malaysia 4/12/2008

Kelantan semakin pulih daripada banjir

04/12/2008 11:35am

KOTA BAHARU 4 Dis — Keadaan banjir di Kelantan pulih secara drastik dengan hanya 606 mangsa banjir di pusat pemindahan pagi ini berbanding 1,691 orang semalam.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Kelantan berkata sehingga 10.30 pagi hanya lapan pusat pemindahan dibuka dengan Tumpat kini mempunyai 444 orang dan Pasir Mas 162 orang.

Ini berikutan cuaca panas di negeri itu semalam yang menyaksikan hujan turun sekali sekala. Bagaimanapun, Sungai Golok masih berada pada paras bahaya iaitu 9.49 meter manakala tujuh lagi sungai di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. — Bernama


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Wednesday, December 03, 2008

Utusan Malaysia 3/12/2008

Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih, pusat pemindahan di Tanah Merah, Kuala Krai ditutup

03/12/2008 11:55am

KOTA BAHARU 3 Dis. — Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih walaupun bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkatkan kepada 1,747 pagi daripada 1,623 semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata walaupun jumlah itu meningkat bertambah, pusat pemindahan di Tanah Merah dan Kuala Krai telah ditutup sepenuhnya mulai pagi ini.

“Hanya kawasan berdekatan di Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mempunyai jumlah mangsa banjir yang tinggi kerana paras sungai kekal di atas paras bahaya iaitu 10 meter,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehingga 10.30 pagi ini, seramai 1,077 mangsa masih berada di pusat pemindahan Pasir Mas, 646 di Tumpat dan 24 di Kota Baharu.

Di Pasir Mas, jalan-jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Banggol Kulim di km 23, Jalan Panglima, Jalan Pengkalan Rakit, Jalan Pasir-Mas Golok dan Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di km 26, manakala jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah Jalan Pohon Tanjung-Meranti di km 10 dan Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Kampung Kajang dan Kampung Rahmat.

Di Tumpat, Jalan Kampung Jambu di km 6.5 ditutup kepada semua kenderaan. - Bernama


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Tuesday, December 02, 2008

Utusan Malaysia 2/12/2008

Amaran hujan di Terengganu, Kelantan, Pahang

02/12/2008 6:05pm

KUALA LUMPUR 2 Dis. — Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan “nasihat peringkat kuning” mengenai hujan sederhana kadangkala lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Keadaan ini mungkin menyebabkan banjir di sekitar tebing sungai dan kawasan kawasan rendah,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya ia dijangka berlaku dari 4 Disember, Khamis, pada sebelah malam, sehingga 8 Disember, Isnin.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan.

Di Terengganu pula termasuk daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, di Pahang membabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Bera, Rompin dan Pekan.

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan jabatan itu berkata ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di Pahang (daerah Kuantan dan Pekan), Selatan Terengganu, Sabah (bahagian Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Tawau) serta Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sarikei, Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu) dijangka berterusan sehingga malam ini.

— BERNAMA


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Berita Harian 2/12/2008

Keadaan dua negeri kembali buruk

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu kembali buruk apabila 3,608 mangsa dipindahkan akibat hujan berterusan sejak awal pagi, tetapi keadaan pulih sepenuhnya di Pahang apabila semua mangsa dibenarkan pulang.

Banjir di Kelantan semalam turut meragut satu lagi nyawa apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas, manakala seorang pelajar berumur 16 tahun dilapor hilang selepas dihanyut arus deras di Melor, Kota Baharu dan Pasir Mas.

Di KELANTAN, sehingga petang semalam, 1,513 mangsa dipindahkan ke 10 pusat pemindahan termasuk 90 mangsa dipindahkan di Jeli; 239 di Tanah Merah, 94 di Kuala Krai dan 38 orang di Tumpat.


Berikutan banjir yang semakin buruk di Pasir Mas, setakat ini tujuh laluan ditutup kepada semua kenderaan, manakala empat lagi hanya untuk kenderaan berat.


Di TERENGGANU, hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi menyebabkan banjir bertambah buruk petang ini dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat.


Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan lebat akan berterusan di Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Pada masa ini, jumlah mangsa di Terengganu meningkat kepada 2,095 orang. Tiga daerah yang terbabit ialah Kuala Terengganu dengan sejumlah 1,201 mangsa dipindahkan sehingga jam 6 petang ini manakala di Marang 686 orang dan Besut 69 orang.


Di KUANTAN, keadaan banjir di Pahang pulih apabila semua mangsa dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, 16 mangsa di Lembah Bertam, Ringlet Cameron Highlands enggan pulang walaupun dibenar berbuat demikian Jumaat lalu.

Di SUNGAI SIPUT, Perak, 52 orang daripada tujuh keluarga di Kampung Chor dan Kampung Lasah dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan kampung mereka dilanda banjir malam kelmarin.Sumber : Berita Harian, 2/12/2008

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Friday, November 28, 2008

Jenayah Cinta.3gp

Friday, November 07, 2008

Lambaian Ka'abah








Labbay-ka Allahumma Labbayk
Labbay-ka La Syareeka La-ka Labbayk
Inna al-hamda Wa an-Ni'mata La-ka Wa al-Mulk, La Syareeka Lak!

Oleh Mohd Razali Zakaria

Umat Islam sejagat berkumpul di Makkah, Madinah sebagai tanda pasrah kepada kebesaran Ilahi

IBADAT haji adalah satu kefarduan dhoruri yang ditaklifkan kepada mereka yang sudah cukup syarat wajib menunaikan haji. Jumhur ulama sepakat kewajipan ini dan jadi kufur orang yang ingkar kewajipan mengerjakannya.

Setiap tahun, lebih dua juta manusia dari segenap ceruk rantau mengerjakan haji dengan matlamat yang satu, iaitu mendapat haji mabrur dan kelebihannya. Ini bertepatan maksud hadis Nabi SAW, sesiapa mengerjakan haji dengan tiada melakukan rafas atau fasik nescaya dia akan kembali seperti dilahirkan ibunya.
Ilmu berhubung ibadat haji merangkumi perkara wajib dan sunat. Selain rukun haji, jemaah haji perlu mengetahui apakah yang dikatakan wajib haji iaitu pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji.

Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, haji tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syaratnya dan berdosa jika ditinggalkan dengan sengaja.

Ada enam wajib haji iaitu:

  • Berniat ihram di miqat.
  • Meninggalkan larangan ihram.
  • Bermabit (bermalam) di Muzdalifah.
  • Melontar anak batu di Jamrah Kubra.
  • Bermabit (bermalam) di Mina.
  • Melontar anak batu di tiga Jamrah, iaitu Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra.

    Wajib haji pertama iaitu niat ihram di miqat ialah berniat untuk mengerjakan haji. Niat itu hendaklah dilakukan di miqat. Berniat ihram di Miqat ialah ketentuan tempat atau sempadan untuk berniat ihram haji atau umrah.

    Miqat terbahagi kepada dua iaitu miqat zamani dan miqat makani. Miqat zamani haji ialah masa bagi seseorang untuk berniat ihram haji. Ia bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar (masuk waktu Subuh) pada 10 Zulhijah. Tempoh inilah yang dinamakan bulan haji.

    Miqat makani ialah ketentuan tempat atau sempadan untuk berniat ihram. Bagi jemaah haji yang masuk ke Madinah akan berada di sana selama 40 waktu sembahyang. Di Madinah, jemaah haji akan dibawa ziarah dalam Masjid nabawi dan ziarah luar.

    Selepas cukup tempoh lapan hari, jemaah haji akan menunaikan umrah ke Makkah dan berniat ihram di Bir Ali atau Zul Hulaifah. Bagi jemaah haji yang masuk terus ke Makkah dari Malaysia akan berniat ihram di Qarnul manazil lebih kurang satu jam sebelum mendarat di Jeddah.

    Antara kesalahan yang sering dilakukan jemaah haji ialah sering terlupa berniat ihram di Bir Ali bagi yang masuk ke Makkah melalui Madinah atau di Qanul Manazil bagi yang masuk terus ke Makkah dari Malaysia.

    Justeru, jemaah haji digalakkan berniat ihram selepas memakai ihram di bilik hotel di Madinah atau berniat ihram sebelum berlepas dari stesen berlepas tanah air bagi penerbangan terus ke Makkah.

    Sementara itu, tempat miqat yang ditentukan oleh Rasulullah SAW adalah Yalamlam atau dikenali juga sebagai al- Sa’diyyah, nama sebuah bukit yang terletak berhampiran Laut Merah di Semenanjung Tanah Arab. Jaraknya lebih kurang 89 kilometer dari Makkah.

    Yalamlam ialah miqat bagi penduduk Yaman dan orang yang datang dari arahnya. Dulunya bakal haji dari Malaysia yang menaiki kapal laut akan berniat ihram di sini.

    Zulhulaifah atau dikenali sebagai Bir Ali ialah kawasan yang jaraknya kira-kira 425 kilometer dari Makkah atau kira-kira 10 kilometer dari Masjid Nabawi.

    Zulhulaifah ialah miqat bagi penduduk Madinah dan orang yang datang dari arahnya.

    Al-Juhfah ialah kawasan yang jaraknya kira-kira 187 kilometer dari Makkah. Al- Juhfah ialah miqat bagi penduduk Syam (Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria) dan umat yang datang dari arahnya.

    Qarn al-Manazil ialah kawasan yang jaraknya kira-kira 94 kilometer dari Makkah. Qarn al-Manazil ialah miqat bagi penduduk Najd atau orang yang datang dari arahnya.

    Zatu ‘Irqin juga dikenali sebagai al- Daribah terletak kira-kira 94 kilometer dari Makkah. Zatu ‘Irqin ialah miqat bagi penduduk Iraq atau orang yang datang dari arahnya.

    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW menetapkan miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah, al- Juhfah (penduduk Syam), Qarn al-Manazil (penduduk Najd), Yalamlam (penduduk Yaman).

    Miqatitu juga bagi orang yang datang melaluinya kawasan itu dari negeri lain yang hendak menunaikan haji dan umrah.

    Bagi mereka yang tinggal di tempat kurang jarak jauhnya dari kawasan miqat ditentukan, maka miqat mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk Makkah miqat mereka ialah di Makkah juga.

    Jemaah haji perlu memahami perkara berhubung larangan semasa dalam ihram. Meninggalkan larangan ketika dalam ihram bermaksud selepas jemaah haji berniat ihram sama ada haji atau umrah, maka haram melakukan perkara yang ditegah.

    Jika melakukan perkara itu, maka dikenakan dam menurut syaratnya. Jika dilakukan juga dengan sengaja maka ia berdosa.

    Larangan ihram adalah seperti berikut:

  • Menutup kepala atau sebahagian daripadanya (lelaki saja).
  • Menutup muka atau sebahagian daripadanya (perempuan saja).
  • Memakai pakaian berjahit secara bercantum atau bersarung (lelaki saja).
  • Memakai sarung tangan.
  • Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan.
  • Mengerat atau memotong kuku.
  • Memakai wangi-wangian sama ada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
  • Memakai minyak pada rambut atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi.
  • Memotong/menebang/mengerat atau mencabut pokok di Tanah Haram sama ada dalam ihram atau tidak.
  • Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau Tanah Halal.
  • Melakukan mukadimah (pendahuluan) persetubuhan.
  • Bersetubuh.
  • Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin.

    Kebanyakan kesalahan yang sering dilakukan jemaah haji ialah memakai pakaian berjahit selepas memakai dan berniat ihram seperti memakai seluar. Jemaah haji juga sering lupa berniat ihram selepas memakai pakaian ihram.

    Apa yang perlu diambil perhatian oleh jemaah haji ialah kesempurnaan sesuatu umrah. Kebanyakan jemaah haji akan melakukan berkali-kali umrah sepanjang di Makkah. Oleh kerana amalan umrah tidak disempurnakan, maka pantang larang dalam ihram dilakukan dengan sengaja.

    Wajib haji adalah satu perkara yang mesti dilakukan jemaah haji. Jika ditinggalkan dengan sengaja, maka dikenakan dam. Walau bagaimanapun meninggalkan wajib haji dengan sengaja adalah berdosa.

    INFO
    Enam wajib haji

  • Berniat ihram di miqat.
  • Meninggalkan larangan ihram.
  • Bermabit (bermalam) di Muzdalifah.
  • Melontar anak batu di Jamrah Kubra.
  • Bermabit (bermalam) di Mina.
  • Melontar anak batu di tiga Jamrah, iaitu Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra.

    Penulis ialah Pengurus (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji

  • "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Tuesday, October 28, 2008

    Dari Akhbar Sinar Harian

    Rozi seru remaja sertai sukan memanah

    TANAH MERAH - Memanah sering kali dikaitkan dengan kisah-kisah zaman Islam dan cerita-cerita lama di Eropah dan England.

    Oleh itu untuk mengembalikan zaman kehebatan Islam dan pusaka itu menjadi milik generasi baru, kebolehan memanah perlu dipelajari segera oleh generasi masa kini.

    Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Kusial Baru, Rozi Safaai berkata, sukan itu mampu mengembalikan keyakinan diri seterusnya mendidik individu menjadi insan yang cekal, gigih, tenang dan menjauhi gejala tidak sihat, selain menguji kepintaran berfikir individu itu sendiri.

    Bercakap pada majlis sambutan hari raya Aidilfitri KRT tersebut, beliau berkata, kalau dilihat cara memanah memang mudah, namun jika dicuba seseorang itu akan mengetahui untuk menjadi pemanah yang hebat bukan semudah dipandang.

    “Apa pun saya yakin latihan yang berpanjangan, konsisten, mengikut segala yang telah diajarkan jurulatih, akan menjadikan seseorang itu hebat dan cemerlang, bukan sahaja di peringkat daerah, negara dan dunia,” katanya.

    Sehubungan itu, Rozi menyeru seluruh remaja KRT yang mahu memartabatkan sukan memanah tersebut supaya hadir ke Pusat Latihan Negeri Memanah (PLNM) Kelantan bertempat di Sekolah Mene-ngah Dato Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah.

    “Tanah Merah sudah lahirkan ramai jaguh memanah hebat negeri dan negara seperti Nazrin Aid Mohjd Nasir sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

    “Pemanah muda seperti Ahmad Faiz Zahari, Faiz Farhan dan Nuramalina merupakan pemangkin semangat kepada generasi baru yang mahu menyertai sukan mula mendapat pengiktirafan dunia,” ujarnya.

    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Friday, October 10, 2008

    Pengumuman

    Perjumpaan Perantau Kusial
    Tarikh : 1/11/2008 (hari Sabtu mlm Ahad)
    Masa : 8 mlm
    Tempat: Restoran Siah,
    Plaza Pekeliling, Jalan Ipoh,
    Sentul, Kuala Lumpur.
    Semua dijemput hadir.

    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Saturday, September 27, 2008

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


    Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita
    Kesedihan pasti terpahat perginya bulan yang mulia
    Namun Syawal akan disambut dengan ceria
    Tanda kemenangan menyempurnakan suruhan Yang Esa
    Salam dihulur setulus kemaafan dipinta
    Andai terlanjur tingkah laku dan tutur bicara.

    "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
    Maaf Zahir & Batin
    Dari : Awie & keluarga
    Perth, Western Australia,
    Australia

    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Sunday, September 21, 2008

    Tazkirah ~ Lailatulqadar


    BAGI umat Islam yang beriman, kedatangan bulan Ramadan amat dinantikan kerana Ramadan menyediakan ganjaran pahala yang besar di mana ia muncul sekali dalam setahun. Oleh yang demikian, peluang keemasan yang terbuka luas perlu direbut atau diburu kerana riwayat hidup atau jangka hayat kita pada tahun berikutnya tidak pasti sama ada kita berpeluang lagi menghayati dan menikmati rahmat Ramadan yang berkat itu.
    Walaupun puasa Ramadan itu sendiri menyediakan pahala yang besar tetapi Allah memperuntukan satu lagi rahmat yang amat hebat di salah satu malam Ramadan iaitu anugerah rahmat Lailatulqadar. Rahmat Lailatulqadar menjanjikan berita baik masa depan riwayat atau jangka hayat seseorang umat Islam yang berpeluang menikmatinya.

    Luh Mahfuz dan salasilah Lailatulqadar:
    Tidak banyak diketahui tentang Luh Mahfuz. Ulama jarang menghuraikannya kerana barangkali ia adalah urusan alam ghaib atau urusan rahsia Allah. Dalam al-Quran pun, Luh Mahfuz di sebut secara sepintas lalu sahaja tanpa penjelasan lanjut. Sebagai contohnya dalam satu peristiwa yang amat bersejarah ahli tafsir menyatakan Luh Mahfuz disebut berkaitan dengan nuzul al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) secara sekali gus yang berlaku dalam bulan Ramadan. Allah berfirman (bermaksud) al-Quran itu telah tersimpan di Luh Mahfuz (Al-Buruj: 22).

    Menurut Ibn Abbas dan A;-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan terdapat kesepakatan ulama bahawa nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah berlaku secara sekali gus pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan. Tempoh lama al-Quran tersimpan di Luh Mahfuz dan berada di Baitul Izzah tidak diketahui kerana ulama tidak memberi huraian lanjut, mungkin hal ini sebagai persoalan ghaib atau rahsia Allah. Dengan demikian malam Lailatul Qadar yang diburu oleh kebanyakan umat Islam yang solih pada sepuluh malam terakhir Ramadan adalah berkaitan Nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan bukannya permulaan nuzul Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril juga berlaku pada 17 Ramadan yang berlaku 13 tahun sebelum Hijrah.

    Lailatul Qadar adalah merujuk kepada suatu malam kemuliaan atau malam yang agong yang penuh dengan keberkatan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan bahkan kemungkinan malam anugerah rahmat yang paling besar dalam sejarah hidup setiap orang. Persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan peristiwa nuzul Quran di Luh Mahfuz itu dengan malam Lailatulqadar.

    Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang di dalamnya mengandungi panduan syumul kehidupan manusia tentang ilmu politik, ekonomi, sosial, akidah dan sebagainya. ajaran-ajaran rasul dan nabi-nabi yang terdahulu turut diserapkan dalam al-Quran. Dengan kehebatan dan keagongan al-Quran itulah maka Allah mengabadikan nuzul Quran sebagai malam Lailatulqadar yang ditentukan berlaku dalam bulan Ramadan.

    Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad).''

    Menurut Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.

    Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah). Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan.

    Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi rahmat yang besar kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar secara teka teki, serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar. Wal hasilnya malam anugerah Lailatulqadar adalah milik orang salih atau ahli-ahli ibadat yang secara maraton dan konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.

    Dalam ibadat sembahyang, Allah memberi jaminan kepada umat Islam, firmannya (bermaksud) ''Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusu' dalam sembahyangnya'' (Al Mu'minuum: 1). Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda (bermaksud) ''Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja''. (Riwayat: Ibn Majah). Manakala dalam ibadat puasa pula, Rasulullah telah memberi peringatan sabdanya (bermaksud) ''Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga sahajalah''. (Riwayat: Ibn Majah dan Nasai). Berdasarkan keterangan ayat al-Quran dan hadis, ternyata suruhan Allah dan gesaan Rasulullah meminta umat Islam melaksanakan ibadat kepada allah hendaklah dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan atau dengan kata lain amal ibadat yang mempunyai kualiti tinggi.

    Kualiti diertikan sebagai bermutu atau bernilai. Maka dalam kontek ini puasa yang berkualiti adalah merujuk kepada amalan puasa bermutu tinggi yang memenuhi kehendak Allah di manan memberi pulangan pahala yang maksima atau ibadat puasa yang dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan. Persoalan yang timbul ialah apakah faktor seseorang itu mempunyai kualiti puasa yang rendah atau dhaif. Keadaan ini berlaku kerana:

    * Tidak memahami matlamat beribadat kepada Allah;
    * Berpuasa sebagai mengambil kesempatan menjaga kesihatan semata-mata;
    * Tidak berpegang teguh dengan disiplin puasa kerana ibadat-ibadat yang lain pun dibuat sebagai melepas batuk di tangga sahaja; dan
    * Mempunyai iman yang lemah kerana menganggap diri mereka sebagai orang awam sahaja.
    Imam Ghazali pada zamannya telah membuat pemerhatian dan penyelidikan mengkaji tahap atau mertabat puasa yang diamalkan oleh umat Islam. Beliau menyatakan tahap itu terbahagi kepada tiga:
    * Puasa umum;
    * Puasa khusus; dan
    * Puasa istimewa.

    Puasa umum adalah merujuk darihal puasa yang dibuat semata-mata menahan makan, minum dan menjauhi perhubungan kelamin pada siang hari. Dengan kata lain, mereka kelihatan berpuasa tetapi tidak memperolehi pahala kerana mereka tidak memelihara adab-adab berpuasa. Apa yang mereka perolehi ialah semata-mata lapar dan dahaga sahaja. Imam Ghazali menamakan puasa umum kerana puasa kelas ini mungkin kebanyakan dilakukan oleh umat Islam yang daif iman.

    Manakala puasa khusus, adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan hubungan kelamin pada siang hari tetapi mereka juga menjaga adab tertib berpuasa dan menahan seluruh anggota pancaindera daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan atau merosakkan amalan puasa. Puasa khusus adalah amalan puasa orang-orang salih samada mereka itu orang awam atau alim ulama. Secara lebih luas sifat puasa khusus ialah:
    * Menahan penglihatan atau mengelakkan pandangan yang boleh mengganggu dan melalaikan hati mengingati Allah dan merosakkan keimanan;
    * Mengawal lidah daripada membicarakan perkara-perkara keji dan sia-sia;
    * Menjauhkan diri daripada mendengar perkara keji dan sia-sia;
    * Menjauhi makanan syubahat dan haram ketika berbuka puasa;
    * Mengelakkan banyak makan ketika berbuka supaya rezeki yang diperolehi itu tidak membazir; dan
    * Malu kepada Allah kerana bimbangkan amalan puasa yang tidak dapat memenuhi harapan Allah atau tidak diterima Allah.

    Puasa yang istimewa pula adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar, perhubungan kelamin pada siang hari dan segala pancaindera melakukan perkara haram malah mengarahkan hati, fikiran, perasaan dan tingkah laku berpuasa untuk allah semata-mata tanpa sedikit pun memikirkan hal-hal keduniaan. Puasa istimewa ini adalah menjadi amalan para rasul dan nabi-nabi dan merupakan martabat puasa paling tinggi di sisi Allah.

    Program bulan Ramadan merupakan agenda tahunan Allah untuk membersihkan jiwa dan melatih umat Islam dengan harapan pengajaran puasa akan menjadi budaya atau cara hidup yang mampu meningkatkan gaya hidup sihat bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi juga dalam kehidupan seharian pada sepanjang tahun. Terdapat sebahagian umat Islam yang mengkelaskan mereka sebagai orang awam, maka mereka hanya mampu berpuasa pada martabat puasa umum.
    Walaupun sebagai orang awam tidak termasuk dalam golongan ulama, tetapi mereka juga orang Islam yang menjadi kewajipan untuk berusaha menjadi umat islam yang beriman atau salih. Umat Islam tidak boleh terus kekal dalam keadaan yang kotor, daif dan melencung dari fitrah kerana Allah menganggap orang bersifat demikian sebagai seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di atas muka bumi. Allah berfirman (bermaksud) ''Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di sisi Allah ialah orang kafir kerana mereka tidak mahu beriman (al-Anfal: 55).

    IBADAT puasa jika diamalkan secara ikhlas dan penuh keimanan secara bersepadu dengan ibadat-ibadat khusus yang lain, maka sudah pasti kedudukan keimanan orang awam akan bertambah baik dan boleh mencapai tahap orang-orang yang salih. Dan inilah matlamat utama ibadat Islam sebagai usaha mengekalkan kesinambungan fitrah akhlak mulia manusia yang pada asalnya suci dan bersih. Kita yakin dan percaya bahawa berdasarkan pemerhatian, terdapat perkaitan yang kuat, mereka yang ikhlas mengamalkan puasa atau tinggi kualitinya serta terus kekal dalam keadaan fitrah maka mereka juga mempunyai kualiti yang tinggi dalam mengerjakan ibadat-ibadat yang lain.
    Gaya hidup orang salih dalam bulan Ramadan melambangkan atau memberi gambaran bahawa kehidupan mereka di bulan yang lain pun sama juga seperti gaya hidup di bulan Ramadan. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman Ramadan itu, mereka terjemahkan dan menghayatnya dalam kehidupan seharian. Kesungguhan mereka beribadat kepada Allah adalah semata-mata untuk memenuhi seruan Allah. Allah berfirman (maksudnya): ''Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku (Azzariyat: 56). Manakala dalam ayat yang lain pula Allah berfirman (bermaksud): ''Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.'' (Al-Baqarah: 208).
    Isu utama yang dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut ialah Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah Allah yang suci jiwanya dengan tujuan memakmurkan dunia mengikut syariat Allah sepenuhnya. Allah tidak mahu hanya dalam bulan Ramadan sahaja kelihatan umat Islam berduyun-duyun mengamalkan puasa dan taat mematuhi perintah allah, tetapi gaya hidup mereka di bulan-bulan yang lain pula, kembali mengikut jejak langkah perangai syaitan. Gaya hidup secara talam dua muka atau dua alam ini amat bercanggah dengan matlamat program Ramadan yang mahu umat Islam kekal dalam keadaan fitrah.
    Anugerah Lailatulqadar yang dijanjikan Allah dalam bulan Ramadan merupakan satu peluang keemasan bagi orang salih memburu dan melipat gandakan amalan ibadat puasa walaupun ibadat khusus yang lain telah pun kuat. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda: (bermaksud) ''Barang siapa mengerjakan ibadat sembahyang pada malam Lailatulqadar kerana keimanan dan keikhlasan, di ampun baginya dosa-dosa yang telah lalu (Riwayat: Bukhari, Muzlim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Abu Daud). Bagi orang salih, walaupun bilangan rakaat sembahyang Terawih menjadi khilaf ulama, ada yang memilih lapan rakaat atau dua puluh rakaat tetapi mereka berpegang kepada pendapat Khalifah Umar bahawa bilangan rakaat sembahyang sunat Terawih adalah dua puluh rakaat kerana pendapat ini adalah kukuh dan dipegang oleh sebahagian besar ulama. Tambahan pula ia selari dengan semangat Ramadan yang menghendaki amalan puasa dan malam Ramadan perlu dipenuhi dengan beribadat kepada Allah.

    Satu lagi amalan orang salih dalam bulan Ramadan ialah memperhebatkan iktikaf di masjid atau di surau-surau yang dibenarkan mendirikan sembahyang fardu Jumaat. Nabi Muhammad sendiri pada sepuluh malam terakhir Ramadan telah melipatgandakan iktikaf dan amalan-amalan sunat yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir, tarawih, bertahajud dan sebagainya dalam usaha memburu Anugerah Lailatulqadar, walau pun Rasulullah sendiri adalah istimewa di sisi Allah.

    Setiap umat Islam yang berusaha keras mencari dan memburu mendapatkan rahmat Lailatulqadar mempunyai peluang baik memperolehinya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: ''Barang siapa menghidupkan Lailatulqadar, lalu mendapatkannya'' Riwayat: Muslim). Dari penjelasan hadis ini menunjukkan anugerah Lailatulqadar bukan untuk orang tertentu tetapi untuk mereka yang mengamalkan ibadat puasa dan malam Ramadan dengan penuh taat seperti membaca al-Quran,, berzikir, berdoa, bersedekah, qiyamullail dan seumpamanya. Terdapat pelbagai pandangan diberi tentang tanda-tanda penemuan malam Lailatulqadar. Ada yang menyatakan matahari yang muncul pada waktu pagi keesokannya seperti suasana bulan purnama penuh, cahaya berseri dan tidak panas. Manakala pada waktu malam Lailatulqadar pula keadaannya suasana malam adalah hening dan tenang.
    Kita yakin dan percaya berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis bahawa terdapat perkaitan yang kuat anugerah rahmat lailatul Qadar adalah untuk umat Islam yang berjaya membersihkan diri sepenuhnya dimana mereka mempunyai kualiti puasa yang tinggi. Untuk mengekalkan prestasi kualiti puasa yang tinggi selama 29 atau 30 hari bukanlah perkara yang mudah. Bagi orang Islam yang dhaif iman agak sukar untuk mengekalkann prestasi kualiti puasa selama 29 atau 30 hari kerana bukan tabiatnya berbuat demikian. Walhasilnya mereka yang berpeluang besar akan mendapat izin Allah mempereoleh rahmat anugerah Lailatulqadar ialah orang-orang salih yang bukan sahaja cemerlang dalam mengekalkan kualiti puasa tetapi mereka juga hebat dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang lain.
    sumber:http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3434

    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Saturday, August 30, 2008

    Salam Ramadhan



    SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK Sejarah Ramadhan

    1) Ramadhan: ertinya panas terik

    2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

    3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

    4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

    5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

    6) Di pilih untuk ibadat puasa.

    7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

    Kelebihan Bulan Ramadhan

    1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)

    2) Bulan penuh keberatan

    3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan

    4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

    5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda

    6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

    7) Bulan menambah rezeki

    8) Memberi buka banyak pahala

    9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam..

    10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

    Amalan-amalan di bulan Ramadhan

    1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

    2) Menempah pakaian untuk Ramadhan

    3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan

    4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

    5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

    6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

    7) Solat berjemaah setiap waktu

    8) Solat jemaah di masjid/surau

    9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

    10) Sahur diwaktu akhir

    11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

    12) Mandi Janabat sebelum Imsak

    13) Kurangkan tidur

    14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

    15) Tunaikan Solat Dhuha

    16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

    17) Tunaikan solat Rawatib

    18) Jaga pacaindera

    19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang

    20) hadiri majlis ilmu

    21) Buat baik pd ibubapa

    22) Isteri hendaklah taat pd suami

    23) Banyakkan bersedekah

    24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

    25) Berbuka bersama org tua

    26) Jemput tetamu berbuka

    27) Kurangkan berat badan

    28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

    29) Baiki hubungan suami isteri

    30) Baiki hubungan jiran

    31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan

    32) Elakkan berbelanja berlebihan

    33) Kuatkan kesabaran

    34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

    35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

    36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

    37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu

    38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

    39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu

    40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri

    41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

    42) Melazimkan solat waktu

    43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar

    44) Elakkan banyak berhutang

    45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

    46) Tunaikan zakat fitrah

    Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

    1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

    2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang* Baca ayat akhir surah Al Baqarah* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun* Baca surah Al Ikhlas

    3) Bagi orang yamg kuat dan cergas* Bangunkan isteri dan anak* Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al QuranNUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) * Tarikh turunnya Al Quran* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

    Cara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuhkeberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.


    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Tuesday, August 19, 2008

    Keratan Akhbar ~ Sinar Harian 19/08/2008


    KRT Kusial Baru tewaskan Bukit Panau 2-0
    TANAH MERAH - Pasukan KRT Perumahan Kusial Baru layak ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau selepas menewaskan pasukan Bukit Panau 2-0 pada saingan separuh akhir di sini, kelmarin. Sebaik babak pertama dimulakan, kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain selain mempersembahkan corak permainan menarik bagaimanapun tiada sebarang gol dijaringkan. Hujan lebat pada separuh masa kedua langsung tidak mengganggu prestasi pemain, malah ia memberi peluang terbaik pasukan KRT Perumahan Kusial Baru apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit kelima separuh masa kedua namun sepakan itu gagal disempurnakan. Apa pun tuah tetap menyebelahi pasukan KRT Peru-mahan Kusial Baru apabila pada minit ke-62, Mohd Hasnizam Md Zain meletakkan pasukannya di depan 1-0 dengan rembatan kencang ke gawang gol Bukit Panau. Mohd Zabri melengkapkan kemenangan bermakna KRT Perumahan Kusial Baru selepas menjaringkan gol kedua sekali gus gol kemenangan pada minit ke-73. Sementara itu pengurus pasukan, Rozi Safaai berkata, kemenangan itu menunjukkan prestasi di luar dugaan dalam usaha bersaing bagi merebut piala liga itu Jumaat ini. “Saya berharap usaha ini akan berterusan ketika bertemu pasukan Kok Lanas pada perlawanan akhir nanti,” katanya. “Kita anggap pasukan yang dihadapi selama ini memang kuat dan pemain kita kini semakin berbisa, malah berusaha sedaya untuk menumbangkan lawan,” katanya. Jurulatih, Mokhtar Che Kob pula menasihati pemainnya supaya waspada dan berhati-hati dengan pasukan Kok Lanas sambil menyifatkan pasukan pelawat itu mempunyai pemain yang hebat dalam usaha menjuarai kejohanan itu.
    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Monday, August 18, 2008

    Keratan Akhbar ~ Sinar Harian

    Waspada dengan pasukan Bukit Panau
    TANAH MERAH - Jurulatih pasukan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru, Mokhtar Che Kob menyeru pemainnya lebih berwaspada dengan kehebatan pasukan Bukit Panau pada perlawanan separuh akhir Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau Jumaat ini. Katanya, pasukan Bukit Panau mempunyai pemain yang cukup bersemangat dalam pasukan dan mampu membawa kejayaan kepada pasukan itu. Jelasnya, selain mempunyai pertahanan yang kuat, pasukan itu juga memiliki penyerang berwibawa dengan sepakan kencang yang mengelirukan ke arah pintu gol pihak lawan. “Kemenangan 4-1 ke atas pasukan Machang baru-baru ini bukan bermakna Bukit Panau juga akan menjadi mangsa. Pemain kena ingat, pasukan Bukit Panau juga mempunyai pemain hebat yang boleh menutup peluang KRT ke perlawanan akhir,” katanya. Mokhtar menambah, dalam usaha mengotakan janji mereka mahu merebut Piala Kejohanan YB Abdul Fattah Mahmood, strategi tertentu sedang giat diatur. “Jangan bermegah dengan kemenangan lalu. Kemenangan itu satu cabaran dan setiap pemain tidak boleh leka dibuai kemenangan itu. “Pemain kena akur bahawa bola itu bulat. Seribu kemungkinan boleh berlaku dalam setiap perlawanan. Kalau pemain asyik dibuat kemenangan lalu dan bermegah dengannya (kemenangan lalu), saya rasa itu satu langkah yang silap,” katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, pengurus pasukan Rozi Safaai berkata, kemenangan baru-baru ini merupakan pedoman dan pemangkin semangat kepada kemenangan Jumaat ini. “Saya tidak mahu kemenangan baru-baru ini melekakan pemain. Saya juga tidak mahu kemenangan itu menjadi penyebab pemain malas berusaha. Pemain harus ingat. Cubaan menjaringkan gol itu penting dan berhasrat menewaskan pasukan lawan lagi penting. Kalau tidak mencuba dan berhasrat begitu, pemain tidak tahu apa yang mereka buat, dan tujuan apakah mereka memasuki peringkat separuh akhir ini,” ujarnya.
    Cetak artikel Emel artikel

    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Thursday, August 14, 2008

    Tazkirah ~ Nisfu Syaaban


    Nisfu Syaaban
    Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
    Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
    Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
    1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
    Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
    Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
    2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
    i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
    ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
    iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
    3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
    Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
    Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam
    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Wednesday, July 09, 2008

    Tazkirah


    MANDI WAJIB YANG SEMPURNA (Disampaikan oleh JAKIM)

    Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
    SERI WAJAH & SIHAT CERGAS
    1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a..
    2.. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
    3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
    4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
    5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
    6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi..
    RAHSIA 13
    Inilah dia rahsia as-Solat, sebagai peringatan kepada yang sudah mengetahuinya dan sebagai panduan kepada yang belum mengetahuinya: -
    1. Niat solat - memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
    2. Berdiri dengan betul - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
    3. Takbirratul ihram - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
    4. Fatihah - sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
    5. Ruqu' - sebagai tikar kita di dalam kubur.
    6. I'tidal - disediakan minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
    7. Sujud - memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-mustaqim. .
    8.. Duduk antara 2 sujud - menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur.
    9. Duduk antara 2 sujud (akhir) - menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat akhir - sebagai penjawab soalan yang dikemukakan Munkar & Nankir di dalam kubur.
    11.Selawat keatas Nabi - sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
    12. Salam - memelihara kita di dalam kubur.
    13.Tertib - akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
    Nota: Perkara di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi dan Nasrani tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Maka direka-cipta anggapan dan cerita yang begitu seram sekali seperti "Friday the 13th", "Black Friday" dsbnya - Adakah anda sedar akan perkara ini!! Begitulah halusnya dakyah mereka menidakkan kebenaran dan kesucian Islam... Wassalam.
    "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

    Wednesday, June 18, 2008

    Ni gambar ore tino kelate zaman dulu



    **Trade mard ore tino kelate dulu kelubung ngan kembang

    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Sunday, June 15, 2008

    Ore Kelate dulu kala



    **Mace belake sungai Kusia....
    "Kito Anok Kusia"
    Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Tuesday, May 27, 2008

    Sri Guillemard~Training2

    Monday, May 26, 2008

    Sri Guillemard~Training1

    Wednesday, May 14, 2008

    Kisah dale suratkhabar Utusan edisi Timur ~ 2

    Kemeriahan Kampung Kusial lenyap
    TANAH MERAH 13 Mei - Kemeriahan suasana di kampung Kusial lenyap dengan tiba-tiba pada tahun 1988 setelah kenderaan awam tidak lagi berulang-alik di Jambatan Guillmard di kawasan itu untuk menyeberangi Sungai Kelantan.

    Jambatan Guillmard yang merupakan jambatan kereta api ditutup kepada kenderaan awam yang 'menumpang' selama ini setelah siapnya jambatan konkrit beberapa kilometer dari jambatan bailey itu.

    Sejak itu, kampung di pinggir jambatan itu lengang dan sunyi dan sebahagian penduduk kehilangan punca pendapatannya memasarkan hasil tani kepada pengguna laluan itu yang menunggu giliran untuk menyeberangi jambatan selorong itu.

    Seorang penduduk, Zulkifli Mansor, 62, menceritakan, dulu penduduk dari kampung sekitar datang untuk memasarkan hasil tani termasuk buah-buahan di samping kuih-muih serta keperluan harian lain di satu pasar kecil di Kampung Kusial.

    ''Anak-anak kampung pula ada yang menjaja dari kereta ke kereta manakala pemandu yang lama menunggu singgah seketika untuk membeli-belah atau berehat sambil berbual dengan penduduk," ujarnya.

    Seorang penduduk asal Paloh Rawa, Che Mah Che Hamid, 83, yang pernah merasai sendiri kegemilangan Jambatan Guillmard itu meminta kerajaan negeri memberi nafas baru kepada produk bersejarah itu.

    "Amat sayang jika selepas ini jambatan ini hanya sekadar tinggal nama dan tidak diketahui kisah sebaliknya oleh orang ramai terutamanya golongan muda.

    "Dulu kawasan jambatan ini amat meriah dengan tumpuan aktiviti ekonomi apabila ia menjadi satu-satunya penghubung antara Machang dan Tanah Merah.

    Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kampung itu mendapati terdapat sisa-sisa konkrit bekas stesen kereta api, stor, kuarters pekerja dan tempat penjaga palang laluan kereta api.

    Sementara itu, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK) memang menyedari potensi yang terdapat pada Jambatan Guillmard bagi diangkat menjadi salah satu produk pelancongan bersejarah di negeri ini.

    Pengerusinya, Abdul Aziz Derashid berkata, ia akan dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat MTPNK termasuk mengenal pasti beberapa kemudahan prasarana berhampiran yang akan turut dinaik taraf sebagai pelengkap kepada produk berkenaan.

    Menurut beliau, secara dasarnya ia boleh dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri dengan menyediakan pakej tertentu sebagai pelancong untuk melawat tempat bersejarah dan menarik di negeri ini.

    "Kita memang melihat potensi jambatan ini kepada salah satu produk pelancongan negeri tetapi bidang kuasa penyelenggaraannya berlaku sedikit kekeliruan sama ada ia tertakluk kepada pelancongan iaitu MTPNK atau sejarah iaitu Jabatan Warisan Negara," katanya.

    Jambatan Guillmard mempunyai nilai sejarah yang cukup tinggi tetapi agak merugikan jika ia tidak dieksploitasikan dalam pelbagai bentuk dan pendekatan termasuk melalui filem.

    Nasib jambatan ini jelas berbeza dengan Jambatan Sungai Kwai Yai di Kanchanaburi, Thailand yang boleh dikatakan sezaman dengannya dan cukup popular dengan kisah tahanan perang Tentera Berikat yang dikerah menjadi buruh membina landasan kereta api maut Thailand - Myanmar.

    Hasilnya, pembikin filem Hollywood telah menerbitkan filem The Bridge of River Kwai yang menggunakan latar belakang pembinaan jambatan di Thailand itu yang sekali gus memperkenalkan daerah Kachanaburi di peta pelancongan dunia.

    TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
    • Jambatan Guillmard unik
    • Kemeriahan Kampung Kusial lenyap
    • Peneroka jangan jual tanah
    • Sediakan pelan induk pembangunan Pulau Tioman
    • Dermawan, siswazah diseru bantu SAR
    • Nilai semula perkampungan OKU

    " Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

    Kisah dale suratkhabar Utusan edisi Timur ~ 1



    Jambatan Guillmard unik
    Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
    SALAH satu sudut pandangan jambatan Guillmard sepanjang 686 meter yang merentangi sungai Kelantan.
    TANAH MERAH 13 Mei - Dari jauh, ia bagaikan raksasa besi hitam yang panjang menjulur dari tebing Paloh Rawa Machang merentangi Sungai Kelantan dan lembahan ke Kusial, Tanah Merah.
    Ia adalah sebahagian daripada sejarah silam yang seolah-olah disita oleh masa dengan wajah asal dan berperanan dengan fungsi silamnya iaitu laluan kereta api yang membelah Kelantan dan menghubungkannya dengan dunia luar.
    Jambatan Guillmard atau lebih dikenali sebagai jambatan Kursial oleh penduduk negeri ini merupakan jambatan besi terpanjang di negara ini dan ditegakkan oleh tiang batu bata yang kusam.
    Jambatan berusia 84 tahun, sepanjang 686 meter yang amat unik rekabentuknya dengan mengadaptasi sepenuhnya teknologi kejuruteraan Eropah yang tinggi di era itu - pasti memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya.
    Mengintai dan berjalan melaluinya bagaikan kembali ke masa lalu dan jambatan itu masih berdiri teguh dan kukuh menampung pergerakan kereta api.
    Jambatan itu dibina pada tahun 1920 dan siap sepenuhnya pada bulan Julai 1924 untuk laluan kereta api dan kenderaan bermotor melalui hamparan papan di kiri dan kanan landasan.
    Nama 'Guillmard' mengambil sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa itu, Sir Laurence Guillmard.
    Ia telah melalui era pemerintahan penjajah Inggeris dan Jepun yang tentunya turut menyimpan catatan sejarah amat bernilai yang mungkin sebahagiannya belum terungkap.
    Sebahagiannya mungkin belum diketahui umum termasuk kisah-kisah di sebalik proses pembinaannya dan tenaga kerja bagi menyiapkan projek mega pada waktu itu.
    Tentu menarik kalau boleh disorot, bagaimana kisah jambatan ini disiapkan dalam tempoh hanya dua tahun dan betapa suka duka mereka yang terlibat memerah keringat bagi mendirikannya.
    Jambatan ini pada 12 Disember 1941 semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, telah diletupkan oleh tentera British sebagai satu langkah strategik bagi menghalang kemaraan tentera Jepun.
    Bagaimanapun kira-kira tujuh tahun kemudian ia telah dibaikpulih oleh penjajah Inggeris dan kembali dibuka kepada lalulintas pada 7 September 1948.
    Sejak beberapa dekad lalu, jambatan ini semakin dilupakan, apabila ia tidak lagi digunakan sebagai laluan kenderaan bermotor.
    Fungsinya sebagai landasan kereta api masih lagi kekal tetapi kenderaan lain tidak lagi menggunakannya apabila sebuah jambatan baru dibina beberapa kilometer dari tapaknya.
    Justeru kampung-kampung di tebing berhampiran dua jambatan itu juga lengang, bagaikan ditinggalkan kerana ia bukan lagi laluan perhubungan yang utama dan penduduk yang bertani kehilangan sedikit punca rezekinya.
    Guillmard - jambatan tertua ini seharusnya mampu memberi lebih banyak nilai kepada Kelantan kini dan bukan sekadar menjadi salah satu laluan perhubungan semata-mata.
    Sekurang-kurangnya ia mungkin boleh memberi nilai baru sebagai salah satu produk pelancongan di Kelantan dengan pakej yang menarik.

    "Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial, ISVKB, ISPKB & Sri Guillmard

    Thursday, April 24, 2008

    Tazkirah ~ mlm Jumaat


    Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.
    Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
    "Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

    Friday, April 18, 2008

    Halim Yazid - Tupai (Video Clip)

    Friday, March 28, 2008

    Sri Guillemard

    Friday, March 14, 2008

    Datuk Wan Shaari Wan Jaafar ~ Usahawan Muda

    Datuk Wan Shaari Wan Jaafar ~ Usahawan Muda dari BIOTEAM

    Sumber : Berita Harian, 08/03/2008

    "Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillermard

    Thursday, February 28, 2008

    Anok Jate Kusial era 80an

    Anok Jate Kusial era 80an (set2 mege kusia ni..)



    Gambar sumbangan Sdr Kiran

    "Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial ISVKB,ISPKB & Sri Guillermard

    Gambar Lama



    Sumbangan dari Sdr Mohd Azmi
    "Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

    Thursday, February 21, 2008

    Lagi Gambar Hari Keluarga - sumbangan Bidin Che Isa

    Gambar2 sekitar Hari Keluarga

    Sedang menunggu untuk makan dan sebahagian ahli dan keluarga Perantau
    Menunggu untuk dapat hadiah

    Hadiah disampaikan Sdr Azahari dan Sdr Aminuddin
    Penyampaiaan hadiah oleh Dato' Baharum
    Penat dan lega semua dapat hadiah
    masa untuk mandi
    Penat weehh tunggu ore tino ngan anok ni..
    Bilo kito nok mandi nii..
    "Kito Anok Kusia"
    Anok Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillmard

    Wednesday, February 20, 2008

    Hari Keluarga Perantau Kusial Bharu


    Bertempat di Hutan Lipur Sg Kanching, Templer Park Rawang pada 17/2/2008 hari Ahad.

    Perantau Kusial bharu telah berjaya mengadakan Hari Keluarga dengan meriahnya walaupun kurang mendapat sambutan daripada ahli2 di rantauan. Terima kasih pada yang sudi meluangkan masa membawa famili tersayang dan tahniah diucapkan kepada AJK yang terlibat menjayakan acara2 dan sukaneka serta penyediaan BBQ untuk semua keluarga yang hadir.

    Terima kasih juga kepada Dato' dan Datin kerana sudi bersama2 perantau bersantai di Sg Kanching.

    Kepada yang tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan Insya'Allah di lain hari, kita akan sekali lagi mengadakan Hari Keluarga.



    Banner disumbangkan oleh sdr Jaki



    Membakar ayam, lakonan semula yg dijayakan oleh Saupi, Saidin, Jaki, Zubir dan Abe Are

    Tuesday, January 29, 2008

    Sambutan Hari Keluarga Perantau Kusial

    Sambutan Hari Keluarga Perantau Kusial Bharu.
    Pada : 17/02/2008 (Hari Ahad)
    Jam : 10 pagi ~ 5 petang (@ sehingga habis acara)
    Bertempat : Lata Kancing, Templer Park, Selayang.
    Semua di jemput hadir tidak kira yang bujang, berkeluarga,lelaki dan perempuan datanglah dan meriahkan Hari Keluarga Perantau Kusial @ ore Kusial yang datang ke KL bolehlah join skali.
    Makanan (BBQ ~ ayam, daging dan minuman disediakan) dan minta kerjasama kalu boleh kepada setiap keluarga atau yang bujang bawak ler sedikit makanan yang ringkas/ringan/mee/bihun/kuih-muih atau kuih2 kelate @ (Pot Luck).

    Acara2 sukaneka untuk anak2,lelaki,perempuan dan keluarga akan diadakan untuk memeriahkan lagi perjumpaan kita.
    Untuk tabung acara sambutan hari keluarga ni sedikit sumbangan diperlukan bagi yang bujang (RM 10) dan berkeluarga (RM 20). Sumbangan ini bolehlah diberikan kepada AJK kawasan atau Bendahari sebelum atau pada sambutan hari keluarga.

    JOM KITO PAKAT GI DEHH..
    'KITO ANOK KUSIA'
    Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

    Thursday, January 17, 2008

    Buat Mu Ibu-Aeman

    Wednesday, January 16, 2008

    Aiman-Anak Soleh

     

    Free shoutbox @ ShoutMix