Wednesday, December 26, 2007

Gambar Kenangan 1948


Gambar diambil masa sebelum dan selepas gertok dibomkan oleh tentera Jepun.
"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Gambar Semasa Banjir





"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

Wednesday, December 19, 2007

Makluman Banjir

Salam dan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua anok2 Kusial yang dok dikampong dan di rantauan, yang kelik berayo dan yang tok kelik berayo, yang kelik berayo boleh main air tapi kena beringat dan berhati2 jange sampai nyawa tergadai..
Untuk makluman semua, pado sapo2 hok nok kelik ko Kusia @ Kelate, klu nok kelik ikut Gua Musang rasonya jale masih di tutup lagi akibat jale rayo jerlus dan tanah runtuh.
Ambo pon pagi tadi dale perjalane nok kelik ko Kusia ikut Gua Musang, tapi sampai kat Zoo Negara dengar berita di radio mengatakan jalan Gua Musang ke K.Krai ditutup akibat jalan jerlus di Paloh dan terbaru jalan alternatif Gua Musang ke Dabong/Jeli juga di tutup akibat tanah runtuh. dan pihak berkuasa tempatan menyarankan kepada ore kelate yg nak kelik terpaksa menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (laluan ke Terengganu) dan laluan Lebuhraya Timur Barat (Grik).Terpaksalah ambo ikut Grik.Dari KL pukul 12pm sampai di Grik pukul 5pm. Dan di Jeli (Kuala L0ng) tanah runtuh tapi dah disodok oleh JKR, sampai di Gertok Kenerak pukul 9pm. Tempat nok parking kereta penuh, semua kereta ore Kusia.Meniti gertok ler ambo dale gelap campur ngan ujan renyai2...akhirnya sampai jugak di Kusia dgn selamat.Alhamdullilah.
Air di Keluit pon dah surut cuma di Chekok Ipoh masih lagi tokleh lalu..
Dan kepada hok nok kelik tu berhati2 semasa memandu,
dan sekali lagi ambo ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
maaf zahir batin.
"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard

Keratan Akbar Berita Harian
Di KOTA BHARU, pemindahan mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak pagi ini berikutan keadaan banjir di Pasir Mas yang semakin buruk menyebabkan lebih 7,000 orang dipindahkan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah keseluruhan yang dipindahkan di Kelantan pagi ini ialah 10,321 orang berbanding 8,066 orang malam tadi. Limpahan air Sungai Golok berikutan pelepasan air sebuah empangan di selatan Thailand sejak beberapa hari lalu, menyebabkan daerah Tumpat turut dilanda bencana itu dan sejak malam tadi seramai 1,922 orang dipindahkan.
Jumlah mereka dipindahkan di Tanah Merah pula ialah 233 orang, Kota Bharu 122 dan Machang 138, katanya. Jalan-jalan masih ditutup ialah Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang di KM 13, Jalan Tumpat-Pengkalan Kubor yang masing-masing dinaiki air sedalam 0.8 meter serta laluan utama di KM 65 Gua Musang-Kuala Krai dan jalan alternatif disediakan iaitu jalan lama Kota Bharu-Jeli-Dabong-Meranto-Gua Musang yang dilitupi tanah runtuh. Beliau berkata pengguna jalan raya yang ingin ke Kelantan boleh menggunakan Jalan Raya Timur Barat dari Gerik di Perak dan juga melalui Terengganu. Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di Sungai Kwang Kampung Bukit Mas, Tanah Merah masih diteruskan hari ini.

Thursday, December 13, 2007

Berita Banjir

Keratan Metro
KOTA BHARU: Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk selepas sesetengah kawasan di pusat bandar mula dinaiki air hingga menyebabkan beberapa laluan ditutup sejak petang semalam.Keadaan itu berpunca daripada hujan lebat di Hulu Kelantan yang mencapai 200 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam hingga awal pagi semalam.Tinjauan Harian Metro jam 7 petang semalam mendapati beberapa laluan termasuk Jalan Tok Hakim, Jalan Tengku Petra Semerak, Jalan Che Su, Jalan Temenggong dan Jalan Tengku Chik mula dinaiki air.Bagaimanapun, laluan itu masih dibuka kepada semua lalu lintas, namun dijangkakan paras air akan terus meningkat menjelang tengah malam.
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja mencatatkan 5.93 meter berbanding 5.48 meter dalam tempoh sama kelmarin dan melebihi paras bahaya 5 meter.
Sehingga jam 7 petang semalam, Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan bacaan 27.32 meter (paras bahaya 25 meter), Sungai Kelantan di Kusial 18.72 meter dan Sungai Golok di Rantau Panjang mencapai paras 10.07 meter.Sungai Lebir di Gua Musang mencatatkan paras melebihi paras bahaya apabila mencapai 35.97 meter semalam.Sungai Golok di Jenob juga menghampiri paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 23.45 meter.Sungai Galas, Dabong di Kuala Krai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 35.04 meter manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh surut berbanding kelmarin apabila mencatatkan 0.55 meter.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kelantan, berkata sehingga jam 6 petang semalam, 2,093 orang daripada 424 keluarga dipindahkan ke 42 pusat pemindahan banjir.Sementara itu, laluan di Kilometer 65, Jalan Kuala Krai-Machang berhampiran Jambatan Sungai Durian ditenggelami air sedalam dua meter sepanjang satu kilometer dan ditutup kepada semua kenderaan.Satu lagi laluan yang ditutup ialah di Kilometer 38, Jalan Jeli-Kuala Balah, Dabong dekat Kampung Reka selepas ditenggelami air sedalam satu meter.

Keratan Berita Harian
Dua remaja, warga emas mangsa terbaru banjir ,br>KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda beberapa negeri meragut tiga lagi mangsa masing-masing dua di Kelantan dan seorang di Johor semalam. Dua korban banjir di Kelantan membabitkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun, menjadikan keseluruhan sembilan korban di negeri itu sejak Sabtu lalu. Dalam kejadian pertama jam 1.30 petang di Kampung Chekok, Gual Ipoh, Tanah Merah, Hizuan Kassim, 15, lemas dalam tali air berdekatan rumahnya dipercayai terjatuh ketika bermain air.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis Kelantan, berkata mangsa ditemui 15 minit selepas dilaporkan hilang oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat. Dalam kejadian kedua jam 3.30 petang di Kampung Teluk Kandis, Salor di Kota Bharu, remaja sindrom down, Eng Soon Fatt, 16, dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjatuh dalam tali air di kampung berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, mangsa belum ditemui tetapi usaha mencari masih diteruskan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kota Darulnaim.

Wednesday, December 12, 2007

Korban Banjir Pertama di Kusial

Takziah kepada keluarga Cek Din (dulu dok tepi Sekolah Keb Tebing Tinggi sekarang menetap di berek estate Tebing Tinggi) atas kehilangan anak yang disayangi akibat lemas ketika bermain air di Kepat. Arwah berusia dale lingkungan 14 tahun. Di kebumikan lepas Isyak di tanah perkuburan Kusial Bharu. Al-fatihah. Amin.

Kusial kini terputus hubungan kerana air di Chekok Ipoh dan Keluit dah lintas jalan dan perumahan blok kat bawah ZZ, Z,Y dan X dah ditengelami air paras paha ( sehingga 10 mlm tadi).Kini penghuni blok2 tersebut dah berpindah ke tempat pusat pemindahan banjir. Ore Kusial yang bekerja di Tanah Merah terpaksa jale kaki atas gertok.

Saturday, December 08, 2007

Berita Banjir Kusial dan Kelate

Keratan Akhbar ~ Utusan Malaysia
Sementara itu, di KELANTAN, 400 penduduk terpaksa dipindahkan selepas empat jajahan di negeri itu dilanda banjir.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim berkata, banjir di Jeli paling serius dengan 201 orang dipindahkan.
Ini diikuti jajahan Gua Musang seramai 114 mangsa manakala selebihnya jajahan Tanah Merah seramai 77 orang.
Banjir juga menyebabkan sebahagian Jalan Jeli-Dabong ditutup manakala Jalan Raya Timur Barat di Kilometer 123 hingga Kilometer 124 pula ditutup berikutan tanah runtuh berlaku di situ.
Keadaan di Kelantan dilaporkan masih membimbangkan apabila bacaan paras sungai pada pukul 4 petang ini menunjukkan Sungai Golok di Jenob melebihi paras bahaya (23.5 meter) iaitu 24.46 meter manakala kebanyakan tempat untuk Sungai Golok dan Sungai Kelantan melepasi paras berjaga-jaga.

Keratan Akhbar ~ Berita Harian
Di KOTA BHARU, 392 penduduk daripada 81 keluarga di tiga jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang dipindahkan semalam. Jeli ialah jajahan paling teruk terjejas akibat banjir dengan 201 orang daripada 44 keluarga, dipindahkan, manakala di Tanah Merah (77 daripada 18 keluarga), dan Gua Musang (114 daripada 19 keluarga). Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim, berkata dua kampung yang terbabit ialah Kampung Jeli Lama dengan 127 orang daripada 31 keluarga, Kampung Air Lanas (74 daripada 13 keluarga). Di Gua Musang, 60 mangsa daripada 12 keluarga di Kampung Lebir dan 54 daripada tujuh keluarga di Kampung Bertam dipindahkan. Di Tanah Merah, 68 daripada 15 keluarga di Kampung Gual Ipoh dan sembilan daripada tiga keluarga di Kampung Chekok Ipoh, turut dipindahkan. Amir Hamzah berkata, laluan di KM31, Jalan Jeli-Dabong ditutup kepada semua kenderaan, manakala tanah runtuh antara Km123 dan 124 Jalan Raya Timur Barat menyebabkan hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan.

Keratan Akhbar ~ NST
KOTA BARU: Three districts in Kelantan have been hit by floods with 80 families evacuated from their homes following heavy rain since Wednesday.
The 392 people affected were from Kampung Jeli Lama and Air Lanas in Jeli; Kampung Lebir and Bertam in Gua Musang and Kampung Gual Ipoh and Chekok Ipoh in Tanah Merah.The six villages were reported to be under 1.5m of water.State deputy police chief Senior Assistant Commissioner II Amir Hamzah Ibrahim said here yesterday that a stretch of road at Km31 from Jeli to Dabong in Kuala Krai had been closed to all traffic.
He said the flood operation room at the state police headquarters had been open from yesterday afternoon. The public can call 09-7450999 for details on the situation.Amir Hamzah also advised residents living in low-lying areas to heed advice from the authorities and evacuate when they were told.They were also advised to lock all the doors and windows of their houses to avoid theft, taking all important documents and valuables and switching off electricity in their houses before leaving their homes.The water level of Sungai Golok at its measuring point at Jenob in Tanah Merah had breached the danger level as at 3pm yesterday. It was at 24.46m compared with the danger level of 23.50m.The water level at six other measuring points in the state has risen above the alert level.The level at Sungai Galas in Da-bong was at 35.96m (alert level 32m); Sungai Lebir in Tualang, 34.34m (27m); Sungai Kelantan at Kuala Krai, 24.89m (25m) and Sungai Kelantan at Kusial, 15.65m (12m).The level of the Sungai Kelantan at the royal jetty in Kota Baru was 3.37m (3m) and Sungai Golok at Rantau Panjang, 7.51m (7m). In Kuala Terengganu, four rivers in the state were nearing the danger level while a bridge in Kemaman had been closed as it has been submerged by floods yesterday. There were no evacuations so far.As at 4pm yesterday, two points along Sungai Besut, near Kampung La and at Jambatan Jerteh, the water level had risen to 18.78m and 7.98m respectively.The danger level for these two points stand at 19.20m and 8.90m.The level at Kampung Pasir Raja, Sungai Dungun has risen to 36.12m just 1.38m shy of the danger level, while along Kuala Jengai, also in Sungai Dungun, the water level has risen to 18.76m, about 1.04m short of the danger level.

Wednesday, November 14, 2007

Sri Guillemard Kusial Bharu

Thursday, November 08, 2007

Matta - Sutera Mata

Wednesday, October 31, 2007

Siaran Langsung ditukar ke Siaran Rakaman Semarak Dikir Barat Di RTM ~ Sri Guillemard


Mintok maaf banyak2 adik kakok semua yang mano menanti siaran langsung pada hari jumaat 2/11/2007 untuk menyaksikan Sri Guillemard berdikir,sebenarnya dibuat untuk rakaman Semarak Dikir Barat yang xtahu bila akan disiarkan di RTM. Namun kita nantikan kemunculan pertama kali Sri Guillemard dikaca tv. Sri Guillemard mengetuai 500 pendikir dan awok2 dalam malam Semarak Dikir Barat anjuran Kementerian Kebudayaan ,Kesenian dan Warisan Malaysia yang diadakan di Ketereh, Kota Bharu pada 2/11/2007.
Bravo Sri Guillemard..
P/s: Diakhir Berita Perdana RTM pada hari Sabtu 3/11/2007 ada menyiarkan Semarak Dikir Barat tapi xnampak pun Sri Guillemard.
"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Monday, October 22, 2007

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampong Kusial Bharu

Sambutan hari raya kat kampong Kusial Bharu malam raya ketiga

"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB, Sri Guillemard

Monday, October 08, 2007

Lagi 3 hari kita di rantauan

Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadat-ibadat yang lain untuk hari-hari terakhir Ramadhan sebelum ia meninggalkan kita untuk tempoh setahun lagi baru bertemu kembali hendakNya, InsyaAllah.. kiranya kita dipanjangkan umur.
Lagi 3 ari lagi kito masing2 akan mulo meninggalkan kota, bandar untuk pulang ke kampong halame kito di Kusial..
Kepado adik kakok hok nok kelik kampong tu sini ambo nok peringat utk kebaikan dan keselamatan kito dan keluarga kito..
1. Rancangan dulu perjalanan kita seperti tarikh/masa/bagaimana perjalanan/berapa lama dll.
2. Yang balik dengan kenderaan sendiri,pastikan kenderaan anda selamat digunakan(servis, keadaan tayar, minyak hitam,sistem penyejuk(regdiator), sistem penghawa dingin dll. Dan seeloknya2nya kita berkonvo semasa perjalanan balik ke kampong. Sekiranya mengantuk berehatlah sekejap.
3. Yang naik kapal terbang, bas, keretapi pastikan tarikh dan masa tiket untuk perjalanan anda yang betul. Pastikan anda tiba awal di airport dan station2 bas dan keretapi 30 minit sebelum bertolak ke destinasi masing2.
4. Untuk meninggalkan rumah pastikan semua tingkap2 ditutup rapat/kunci, pastikan plug/suis/peralatan elektrik di matikan/unplugkan terutamanya tv/radio/ astro/peti sejuk(bersihkan dulu kerana ia berbau bila suis di offkan) / mesin basuh dll dan yang paling mustahak offkan main suis elektrik. Tutup meter air(takut berlaku kebocoran/melimpah).
Dan akhir sekali pastikan grill/pintu/gate berkunci dgn mangga yang elok dan kuat.
5. Untuk meninggalkan kediaman untuk tempoh yang lama/waktu perayaan untuk kebaikan kita sila beritahu jiran/balai polis berdekatan. Dan jangan sesekali tinggalkan kunci di bawah pasu/dalam kasut dan sbgnya.
6. Semasa hendak mulakan perjalanan hubungi keluarga di kampong bagitahu yang anda hendak bertolak dari rumah anda menuju balik ke kampong.Dan mulakan perjalanan dengan Bismillah.semoga perjalanan kita balik ke kampong selamat hendakNya.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN.

"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

Saturday, October 06, 2007

Kak We Yah Nasi Lemok

Dalam Mingguan Wanita minggu ini ado citer pasal Kak We Yah Nasi Lemok dale ruangan IBU TUNGGAL BERJAYA . Mok kepado Abe Mi, Abe Mal, Kak Ila, Kak Baini,Adenan, Abe Are (Naib Pengerusi Perantau Kusia), Siah, Ezan & Joey.



"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

Friday, October 05, 2007

Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf *Original Audio

Thursday, October 04, 2007

Balik Kampung

Selamat Hari Raya Aidil Fitri~ Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidil fitri
Maaf Zahir & Batin
dari : Perantau Kusial Bharu
"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

Monday, October 01, 2007

P. Ramlee - Dendang Perantau (Full Song)

Thursday, September 27, 2007

15 Hari Doh Kito Posa

Salam dan selamat menjalani ibadat puasa yang masuk hari ke 15 kepado Perantau dan Anok Kusia semua.., diharap tahun ni takdok hok cari lakso takdok sambal..ngan nonde,..biar posa kito cukup dah kito perbanyokkan jugok ibadat2 yang lain...
Bilo Time Posa

"Teringat ko kuih-muih kelate time nok buko posa ni... teri mandi, nonde, akok kedut, tahi itik, jala mah, lopat tike, dan mace-mace termasuk la beleder. Kalu krabu pulok mesti nok cari krabu sare...kalu air keno cari tuok... (teringat ko Pok Yeh)
Bilo lepah buko
Mulo sibuk nok gi masjid nok terawih... abih jah 8 rakaat terawih mulalah gi keda nok cari colek terutamanyor colek kerang, buah ,perut, kropok.... ni ado di keda Nasir ngan Midah Stopa...
Lepah tu ado plok hok main bedil... seronok...meriah... tapi jangela pulok tahun ni ado sorang lagi yang cedera... macam tahun lepah..(gambar tu ado esok kawe upload sini)
Bilo Nok Habis Posa
" Bilo dekat2 nok abih posa mulola teringat sangat2 nok kelik kampong ....nok sambut rayo..
Tahun ni raso rama hok kelik rayo Kusia... termasuk ambo, Dengar kata ore Kusia nok sambut Perantau besar-besare..yor ko?? siap pasang banner ....meriah .....bereh boh. Hok kelik ngan motor tu berhati-hati konvoi...kalu ngantuk berhenti ler sementar, rehat kejap samo jugok ngan hok naik kereto. Tapi sebelum tu baik gi servis dulu tok kira kereto ko motor ko...semoga perjalanan kita kelik ko kampong selamat hendakNya. Yang naik bas ngan kereto api tu ..tiket doh beli ko?? takut beli hok tambahan sampai2 tengah ari rayo..."
Bilo Male Rayo..
"Kito pakat dok kumpul kat keda Stopa (ex keda Cekgu Asin) sambil make colek,main bedil..., bual,.. mace2 citer...Baharom doh sibuk collect duit nok wat bakar aye...(tahun ni xpayoh aye ler mahal... daging ngan seafood...boh...)"
Bilo male rayo ke2
"Kito kumpul pulok wat bakar aye...meriah...seronok sek kampong kito....teruskan aktiviti kito ni untuk selamo-lamonya. Muafakatnya kampong kito...Kampong muafakat membawa berkat.."
Sapar sini dulu ler yer ...esok sambong lagi.. nok gi beli akok kedut kat pasar ramadhan Bandar Baru Bangi..
"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

Tuesday, September 11, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan

Perantau Kusial Bharu mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
kepada anok-anok rantau kusia semuo,dapatlah menjalani ibadat puasa dengan sempurna
hendakNya....tadok ler hok ngandar..cari akok ko, lakso tadok sambal..

"Tiada kata seindah zikrullah, tiada ucapan sebijak salam, tiada bulan seindah ramadhan.
Janji yang terabaikan & sikap yang mungkin pernah menyakiti, .....menjelang Ramadhan bukalah kebesaran jiwa dan keikhlasan hati...semoga amal ibadat kita diterima Allah S.W.T.
Amin. '

"SELAMAT MENYAMBUT PUASA'

"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

Sri Guillemard Juara lagi..



Pada 8/9/2007 di Tanah Merah,
Sri Guillemard sekali lagi menjadi JUARA dalam pertandingan
DIKIR BARAT PIALA KEMERDEKAAN.
Pertandingan bertempat di depan CIMB Tanah Merah.
Sri Guillemard telah mengalahkan 6 pasukan yang lain untuk muncul sebagai JUARA
pertandingan.
Sri Guillemard juga telah dianugerahkan 2 lagi piala iaitu
1. Tukang Karut terbaiK
2. Muzik Terbaik
Dengan kemenangan ini diharap Sri Guillemard akan menjadi pasukan yang
terbaik di Kelantan pada masa akan datang.

Perantau Kusial Bharu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sri Guillemard dan juga orang kampong yang berkerja keras dan menyokong.

Tahniah...
'Kito Anok Kusia"
ANOK KUSIA, PERANTAU KUSIA, ISVKB, ISPKB DAN SRI GUILLEMARD

Saturday, August 25, 2007

Sri Guillemard JUARA THR Gegar

TAHNIAH ....SRI GUILLEMARD
MENJADI JUARA
PERTANDINGAN DIKIR BARATTHR GEGAR PANTAI TIMUR

PERTANDINGAN BERTEMPAT DI PADANG MERDEKA TANAH MERAH
PADA 25/8/07

KITA .......JUARA..JUARA...JUARA

SRI GUILLEMARD .JUARA....

JUARA..JUARA

MALAM INI DI TANAH MERAH SRI GUILLEMARD AKAN BERDIKIR BARAT UNTUK MERAIKAN KEMENANGAN......

JUARA...JUARA..SRI GUILLEMARD

SRI GUILLEMARD..JUARA...JUARA

Friday, August 24, 2007

Berito dari KOSMO

Mintok maaf, lamo xupdate blog kito ni...

Nok peringat ko adik kakok semua esok male (25/8/07 ~ ari Sabtu male Ahad) ado perjumpean Perantau Kusia tu
Ari ni ambo letok berito dari KOSMO hok 9/08/07...
Kalu sapo2 xbeli ari tu bolehlah print dari kat blog kito ni..

Sunday, August 05, 2007

PENGUMUMAN ~ PERJUMPAAN PERANTAU KUSIA

PERJUMPAAN PERANTAU KUSIA
KPD SEMUA PERANTAU2 KUSIA DIJEMPUT MENGHADIRI
PERJUMPAAN & MESYUARAT AGONG PERANTAU KUSIA
PADA
25/8/2007
(hari SABTU mlm AHAD)
9.00 MALAM
BERTEMPAT
RESTOREN SRI BALANG,
SEKSYEN 4 TAMBAHAN,
BDR BARU BANGI,SELANGOR
PERJUMPAAN INI JUGA BERSEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN
DAN SUMBANGAN KITO NANTI KITO NOK SEDEKOH KO ORE KUSIA
WAT BUKO POSA KAT MASJID ATAU BALASOH...
MAGHI DEHH KITO JUMPO RAMA2...
SILO GHOYAT KO PERANTAU KUSIA HOK TOKLEH BUKO BLOG KITO NI..
HOK TAHU NO TEPON SAING2 KITO TU..MINTOK TOLONG MSG GHOYAT PASAL PERJUMPAAN NI...
TIMO KASEH...
Awie (0126529638)

Thursday, July 26, 2007

Lawate Pengakap SKTT Kusia ko KL ~ awal 80an

Gamba lamo2, gamba ni pon ado dale yahoo! groups...



Kalu nok tengok lagi ado dale yahoogroups kusialbharu
Kalu sapo2 ado gambar lamo2 bolehlah kito upload sini, kito pakat tengok rama2..
***Gamba rama2 jange sore (~ Ali ghoyat)

Tuesday, July 24, 2007

Blog Wajah Baru

Kini blog telah kembali semula dengan wajah baru.
Kepado anok2 kusia, sekiranya ada apa2 komen, cadangan, berita
dan segala aktiviti2 yang boleh kito kongsi bersama bolehlah kito
paparkan kat blog kito ni untuk kebaikan dan mengeratkan lagi
kekeluargaan kito sebagai anok2 kusia..
Untuk berito dari kampong pun ambo doh letak sebelah kanan..
Kalu nok join yahoogroups kusialbharu pun boleh jugok...
ado kat bawah kanan cuma masukkan alamat email and click join...

Timo Kaseh,
Awie
kusial69@gmail.com kusial69@yahoo.com

Monday, July 23, 2007

Sejarah

Maklumat Latar Belakang
1. Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing Sungai Kelantan.
2. Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke suatu kawasan yang letaknya 3 km ke utara yang sekarang ini merupakan bandar Tanah Merah.
3. Bandar berkenaan menjadi lebih berkembang dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya stesen keretapi.
4. Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. Tetapi bermula pada 2 hb Februari 1955, jajahan Tanah Merah mula diwujudkan yang mana bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran sepenuhnya.
5. Bagi mentadbirkan bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952.Majlis Daerah Tanah MerahDitubuhkan pada tahun 1952 bagi mentadbir bandar Tanah Merah. Keluasannya adalah 1.95 km persegi yang kemudiannya di tambah menjadi 10.4 km persegi pada tahun 1958.Ianya kemudian dinaikkan taraf kepada Lembaga Bandaran Tanah Merah pada tahun 1958.Majlis Tempatan Gual IpohDitubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Gual Ipoh. Keluasannya ialah 7.8 km persegi.Majlis Tempatan Kusial Baru Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Kusial Bharu. Keluasannya ialah 2.6 km persegi.
6. Ketiga-tiga Penguasa Tempatan telah digabungkan pada tahun 1979 dan ditubuhkan Majlis Daerah Tanah Merah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, Majlis Daerah Tanah Merah juga merangkumi kawasan yang lain seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Kuala Tiga dan Bukit Panau. Luas keseluruhan kawasan ialah 136.6 km persegi.

Sunday, July 22, 2007

Sorry Blog Ada Problem Skit..

Mintak maaf blog kito ni ado masaloh skit pasal background dia gelap sangat
so skarang ni ambo tengoh ejast skit... mungkin ambik masa shari dua...

Maaf boh...diatas masalah teknikal yang tokdapat dielakkan..

Thursday, July 19, 2007

Baca Sinar Harian hari ini

Berita Sukan dlm akhbar Sinar Harian hari ini..

PKNS uji kehebatan Veteran Kusial
TANAH MERAH - Biarpun tewas tipis 1-2 kepada kelab veteran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun pujian kecemerlangan dan kehebatan pemain pasukan bola sepak Ikatan Setia Veteran Kusial Baru (ISVKB) harus dikalungkan kepada mereka kerana mempamerkan aksi lincah, kental dan tabah di hadapan penyokong lawan.


http://www.sinarharian.com.my/

Tuesday, July 17, 2007

Meeting AJK Perantau Kusia

Assalamualaikum semua,
Meeting AJK Perantau Kusial akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20/7/07 Hari Jumaat mlm Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kedai nasi berlauk dpn Kiambang Kg Baru,

Kuala Lumpur

Semua AJK dijemput hadir bagi membincangkan agenda2

untuk memantapkan dan mengadakan xtvt2 bagi
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan
Perantau Kusial.

Terima Kasih,
Cikgu Sahak & Awie


ISVKB ~ Pasukan Bolasepak Veteran Kusial Bharu

Berita dari Bad (Zamany)

Pete ni ado pelawene bolasepak veteren Kusia ~ ISVKB menentang Kelab Cino Kelate..
bertempat di Kota Bharu, (Stadium ko???)
Kepado ore Kusia hok ado di kawase2 dekat arap gi ler bagi sokongan yg padu ko pasuke Kusia kito..
Kito harap pasuke kesayange kito bole gi jauh lagi...

Monday, July 16, 2007

Chatting kat Blog kito..

Assalamualaikum semuo perantau dan ore kusia,
Stat ari ni kito boleh nok msg kat sini doh. .. msg tu ado kat bawoh skali... sapo-sapo nok msg silo guna.......xpayoh doh guno email...kito pakat msg kat sini lagi senang...
Taip namo kito atau gelaran gapo2 hok demo suko... kalu boleh biar kito kenal dehh..
lepah tu taip gapo2 kat message tu... lepah tu klu nok kuar kat skrin tu.. shout!
Bereh Silo cubo jange segan2....

Awie

Saturday, June 30, 2007

Tahniah buat Sri Guillemard

Sekalung tahniah buat awak-awak dikir Sri Guillemard atas kejayaan menjadi
Pasukan Harapan Terbaik dipertandingan Dikir Barat semalam.

Tuesday, June 19, 2007

Gambar Perlawanan Bola Veteran Kusial Vs Veteran PKNS Selangor

Gambar Sumbangan dari Ali




Jamuan Makan Malam Kelana Jaya

Gambar Sumbangan Sdr Sarifuddin




















































 

Free shoutbox @ ShoutMix