Monday, October 08, 2007

Lagi 3 hari kita di rantauan

Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadat-ibadat yang lain untuk hari-hari terakhir Ramadhan sebelum ia meninggalkan kita untuk tempoh setahun lagi baru bertemu kembali hendakNya, InsyaAllah.. kiranya kita dipanjangkan umur.
Lagi 3 ari lagi kito masing2 akan mulo meninggalkan kota, bandar untuk pulang ke kampong halame kito di Kusial..
Kepado adik kakok hok nok kelik kampong tu sini ambo nok peringat utk kebaikan dan keselamatan kito dan keluarga kito..
1. Rancangan dulu perjalanan kita seperti tarikh/masa/bagaimana perjalanan/berapa lama dll.
2. Yang balik dengan kenderaan sendiri,pastikan kenderaan anda selamat digunakan(servis, keadaan tayar, minyak hitam,sistem penyejuk(regdiator), sistem penghawa dingin dll. Dan seeloknya2nya kita berkonvo semasa perjalanan balik ke kampong. Sekiranya mengantuk berehatlah sekejap.
3. Yang naik kapal terbang, bas, keretapi pastikan tarikh dan masa tiket untuk perjalanan anda yang betul. Pastikan anda tiba awal di airport dan station2 bas dan keretapi 30 minit sebelum bertolak ke destinasi masing2.
4. Untuk meninggalkan rumah pastikan semua tingkap2 ditutup rapat/kunci, pastikan plug/suis/peralatan elektrik di matikan/unplugkan terutamanya tv/radio/ astro/peti sejuk(bersihkan dulu kerana ia berbau bila suis di offkan) / mesin basuh dll dan yang paling mustahak offkan main suis elektrik. Tutup meter air(takut berlaku kebocoran/melimpah).
Dan akhir sekali pastikan grill/pintu/gate berkunci dgn mangga yang elok dan kuat.
5. Untuk meninggalkan kediaman untuk tempoh yang lama/waktu perayaan untuk kebaikan kita sila beritahu jiran/balai polis berdekatan. Dan jangan sesekali tinggalkan kunci di bawah pasu/dalam kasut dan sbgnya.
6. Semasa hendak mulakan perjalanan hubungi keluarga di kampong bagitahu yang anda hendak bertolak dari rumah anda menuju balik ke kampong.Dan mulakan perjalanan dengan Bismillah.semoga perjalanan kita balik ke kampong selamat hendakNya.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN.

"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB, ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix