Thursday, April 30, 2009

Sinar Harian 30/04/2009

KRT Perumahan Kusial Baru kalahkan Manal 3, (1-0)
TANAH MERAH - Pasukan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru mengotakan janjinya dalam kempen muncul juara kumpulan bagi merebut Piala Presiden KAFA bagi jajahan ini apabila menewaskan pasukan handalan Manal 3 dengan jaringan 1-0 di padang Majlis Daerah di sini, semalam. Bermula seawal minit pertama, kedua pasukan saling serang menyerang ke kubu pertahanan masing-masing, namun tidak berjaya menghasilkan sebarang gol. Prestasi tinggi kedua pasukan mendapat pujian penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut. Apa pun sepuluh minit pertama, peluang banyak memihak kepada pasukan KRT Perumahan Kusial Baru. Peluang demi peluang dicipta pemain KRT Perumahan Kusial Baru namun tidak ada penyudahnya. Bola tendangan penyerang Perumahan Nik Hazman Latiff tersasar. Kalau pun tidak terkena palang gol, tendang itu lemah dan mudah ditangkap penjaga gol Manal 3. Apa pun pasukan KRT Perumahan Kusial Baru tidak mudah berputus asa. Peluang dan serangan diatur semula. Sepakan bahaya dan kencang dilepaskan pemain Suhaimi Awang Kecik bersama rakan-rakan. Apa pun sepakan dan serangan itu dihalang mudah pemain Manal 3. Separuh masa pertama berakhir dengan seri 0-0. Kempen separuh masa kedua bermula agak agresif. Kedua pasukan menukar pemain yang cedera dan tidak konsisten. Serang balas berlaku di antara kedua pasukan. Namun, kedua-dua pasukan berjaya memintas lawan masing-masing. Pergelutan berlaku di hadapan pintu gol pasukan Manal 3. Nik Hazman yang dikepung pertahanan Ma-nal 3 cuba mengelak dan meloloskan diri dari kepungan itu, namun gagal. Apa pun kesempatan itu dicuri Suhaimi Zahari, melambung bola itu kepada Shukri yang tidak dikawal, terus menanduk bola itu ke dalam gawang gol pasukan Manal 3. Perlawanan berakhir KRT Perumahan Kusial Baru menewaskan Manal 1 dengan keme-nangan tipis 1-0. Sementara itu, Pengurus Pasukan KRT Kusial Baru, Rozi Safaai berkata, biarpun pasukannya memenangi perlawanan semalam, namun masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Katanya, barisan serangan yang tidak konsisten, dengan permainan kucar kacir akan dibaiki segera bagi memantapkan pasukan itu pada siri perlawanan akan datang. “Segala kelemahan akan diteliti dan dibaiki segera. Kami tidak mahu berpihak kepada kekalahan. Kami mahu cipta kemenangan berterusan, itu janji kami,” katanya. Seterusnya Rozi berpesan kepada pemainnya supaya tidak menganggap remeh pasukan lawan kerana anggapan begitu akan menjadikan pasukannya leka. “Kesemua pasukan yang bertanding, ada hebat dan lebih mereka. Justeru, saya mahu pemain menganggap setiap perlawanan itu penting dan hebat dalam usaha mencari juara liga,” katanya.
sumber dari Sinar Harian edisi Timur
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix