Thursday, April 30, 2009

Gambar koleksi 4: Dari Masjid Ke Kubur

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"


Masjid lama yang telah diubahsuai menjadi sekolah tahfiz..



Masjid baru yang dah digunakan seringat dah 5kali raya puasa (klu salah tolong perbetulkan)
Tapi masih lagi memerlukan sumbangan dari anak2 Kusial utk buat kubah,membeli van jenazah dan ada beberapa yang perlu dibaikpulih. Semoga anak2 Kusial dapat memberi sedikit sumbangan,tak kira dimana berada. Insya'Allah.
Esok, 1/5/2009 (pagi Jumaat) diadakan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran Masjid.semoga adik kakok semuo hok ado di kampong dan yang pulang bercuti dapatlah menghadiri gotong royong..
Kawasan Perkuburan : gambar sumbangan Yie Poksu Nawi
Pokok Binjai. ado dok buah dio...cicoh ngan colek ssedap nii..Dulu kade2 nok gi bidah burung bawok gare kasar buh dale poket seluar..cede nok cicoh buah binjai ngan pauh..pahtu gi ambik tebu Pakngoh Ali Bedul..berambat sampai terkencing..mengepek xmudohh..



Kawasan perkuburan, disinilah bersemadinya anak2 Kusial.Kita semuanya akan kesini juga akhirnya...
Al-fatihah utk semua, semoga roh arwah semua ditempatkan dikalangan org2 soleh dan solihin. Amin.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Bismillah hir rah man nir rahim.Assalamu 'alaikum waorihmatullohi wabarokatuh

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kalian puji sebagai orang baik, maka wajib baginya surga, sedangkan orang yang kalian katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi Hadis riwayat Tsauban ra. maula Rasulullah saw.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda:Barang siapa menyalati jenazah, maka ia mendapatkan satu qirath. Jika ia menghadiri penguburannya, maka ia mendapatkan dua qirath. Satu qirath sama dengan gunung Uhud. Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. Hayatilah tafsir talkim dibawah ini supaya diri kita ada sedikit keinsafan pada diri kita bahawa satu hari nanti kita akan mati.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke dunia Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu?Apakah nama kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri didalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin. Al-Fatihah Setiap yang bernafas Pasti akan Mati "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sinar Harian 30/04/2009

KRT Perumahan Kusial Baru kalahkan Manal 3, (1-0)
TANAH MERAH - Pasukan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru mengotakan janjinya dalam kempen muncul juara kumpulan bagi merebut Piala Presiden KAFA bagi jajahan ini apabila menewaskan pasukan handalan Manal 3 dengan jaringan 1-0 di padang Majlis Daerah di sini, semalam. Bermula seawal minit pertama, kedua pasukan saling serang menyerang ke kubu pertahanan masing-masing, namun tidak berjaya menghasilkan sebarang gol. Prestasi tinggi kedua pasukan mendapat pujian penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut. Apa pun sepuluh minit pertama, peluang banyak memihak kepada pasukan KRT Perumahan Kusial Baru. Peluang demi peluang dicipta pemain KRT Perumahan Kusial Baru namun tidak ada penyudahnya. Bola tendangan penyerang Perumahan Nik Hazman Latiff tersasar. Kalau pun tidak terkena palang gol, tendang itu lemah dan mudah ditangkap penjaga gol Manal 3. Apa pun pasukan KRT Perumahan Kusial Baru tidak mudah berputus asa. Peluang dan serangan diatur semula. Sepakan bahaya dan kencang dilepaskan pemain Suhaimi Awang Kecik bersama rakan-rakan. Apa pun sepakan dan serangan itu dihalang mudah pemain Manal 3. Separuh masa pertama berakhir dengan seri 0-0. Kempen separuh masa kedua bermula agak agresif. Kedua pasukan menukar pemain yang cedera dan tidak konsisten. Serang balas berlaku di antara kedua pasukan. Namun, kedua-dua pasukan berjaya memintas lawan masing-masing. Pergelutan berlaku di hadapan pintu gol pasukan Manal 3. Nik Hazman yang dikepung pertahanan Ma-nal 3 cuba mengelak dan meloloskan diri dari kepungan itu, namun gagal. Apa pun kesempatan itu dicuri Suhaimi Zahari, melambung bola itu kepada Shukri yang tidak dikawal, terus menanduk bola itu ke dalam gawang gol pasukan Manal 3. Perlawanan berakhir KRT Perumahan Kusial Baru menewaskan Manal 1 dengan keme-nangan tipis 1-0. Sementara itu, Pengurus Pasukan KRT Kusial Baru, Rozi Safaai berkata, biarpun pasukannya memenangi perlawanan semalam, namun masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Katanya, barisan serangan yang tidak konsisten, dengan permainan kucar kacir akan dibaiki segera bagi memantapkan pasukan itu pada siri perlawanan akan datang. “Segala kelemahan akan diteliti dan dibaiki segera. Kami tidak mahu berpihak kepada kekalahan. Kami mahu cipta kemenangan berterusan, itu janji kami,” katanya. Seterusnya Rozi berpesan kepada pemainnya supaya tidak menganggap remeh pasukan lawan kerana anggapan begitu akan menjadikan pasukannya leka. “Kesemua pasukan yang bertanding, ada hebat dan lebih mereka. Justeru, saya mahu pemain menganggap setiap perlawanan itu penting dan hebat dalam usaha mencari juara liga,” katanya.
sumber dari Sinar Harian edisi Timur
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Tuesday, April 28, 2009

Gambar koleksi 3: Kedai @ Keda

Sebahagian gambar2 kedai ...yang kito panggil keda.Dulu mengikut citer ore2 tuo kito kawase keda ni kiro sibuk jugok lerr dengan adonyer hotel, bar...kedai2 utk penjual hasil dagangan maklumler Kusia ni dulunyer kawase perdagangan dan pelabuhan yang terkenal...tapi loni jadi kampong yang sunyi tapi masih meriah lagii..bilo anok2 kusia berkumpul semaso hari raya dan cuti2...

Keda Mek Chetong , Mek & Balai Polis



Kedai Ahtap, kedai Sibat pembeli pok getohh dari ore2 kampong kito dulu..tapi nok runtuh belako dohh..


Balai Polis..kot tepi tu ....kawase tempat lepak dulu...sambil tunggu gilire nok pakai tepon...




Market @ merket..Dulu gak meriah niii...nok beli gapo ..ado belako..daging ,ike ,pulut pagi,lakso,laksam ("toksir sambal,adik nok make" klu bule posa gakk...)beledo, nasi kerabu..ngan etok, boleh kato gak mace2 makene ado...Tapi loni ..Aji Lijoh jahh dok jual merket...sore jahh..



Dulu kedai Babu. lamo doh jual ko Bbakar..loni Babu kelik ko India dohh ..., wat kelik duit...
Kawase lapang ni selalu guno tengok waye pacok...jual bateri,jual ubat..Sebelum jual ubat tgk waye dulu citer Hindustan..klu citer Bobby tu...pakat teriok lerr..belako...





Masih ada lagi peninggalan..ni boleh kato peninggalan sejarah jugok ni pondok tepon..Ambo dang ngan tepon niii......
Masih dapat ke kita mempertahankan dan menyambungnya untuk tatapan generasi yang akan datang...


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Monday, April 20, 2009

Gambar koleksi 2: Sungai Kusial

Sungai Kusial....adalah terletak ditengah2 sungai Kelantan..
Sungai Kelantan adalah sungai utama di negeri Kelantan dan ianya melalui bandar-bandar utama iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu.


Sungai Kusia........ dulu sebuah pelabuhan sungai yang terpenting di negeri Kelantan...tapi loni...wat tempat nyukat banjir jahh...


Seberang ...ore dok tengok sedut pasir...loni x tane kace ngan timun cino dohhh...


View dari Gertok... aman...damai......ahhh



Kukuh lagi gertok...tapi loni sunyi xbunyi kereto,lori, bas lalu dohh....
xdok doh kemeriahan jual kace rebus ngan jagung rebus di stesyen...
dan jugo acara kutip dermo set2 sekolah rendah (pengakap/bulan sabit)....


Mano tungulll????...xleh nok main tol...ngan mmupo??
klu mmupo keno berambat lerr..ngan mok2 kito...buke ambat sajo...siap ngan bate pokok daun kapal terbang....Tapi raso luas la pulokk.. dulu sementar jah berenang dari tebin ko sebere sano..male pon buleh lagii.. gi ambik timun cino....Klu maso cabut kace...raso malah nok jale kaki kot gertok..berene jahhh...siap ikat jabil (supit geleyai) di kaki.Supit tu wat bubuh baju takut basah...



Kale Batu....mano batu??? Tempat Cetong mandi male2...dulu sampai loni sabun tokol jah guno...

Add Image
Jale nok turun ko kale pasir..tapi kot mano jale dio??? Tangga...ehh kale tangga???



Add Image
Dok di kale pasir...pasir xdok dohh..pulau pun ilang ghaib pah mano dohh..
tunggul pon xdok dohh...Banyok buih (jebokk)....ude banyok ko ni??


Kale cek Jemi Arun (Pok nik Arun)..


Lepah ni berubah ko lagi sungai kito nii.....kale pasir...kale batu...kale enjin.....
Tunggul? Pulau?batu....dan yang penting skali..mano kale tangga tempat pedagang2 wat naik barang2 dagang mereka??dan jugok bar/hotel. Set2 lahir tahun 2000 keatas tahu ker kewujudan kale tanggo??Rasonyer yang mereka tahu hanyalah kedai mek chetong ,kedai stopa..

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Wednesday, April 15, 2009

Gambar koleksi 1: Guillemard











"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Monday, April 13, 2009

Blog berwajah baru lagi

Salam, kepado semuo anok2 Kusial & pelawat-pelawat alam maya dari serata dunia yang tiada sempadan ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi blog ANOK-ANOK KUSIA. Bermula dari hari ini blog ini berwajah baru, namun dari masa kesemasa mungkin ada sedikit pembaikan tetapi ianya tidak mengubah agenda blog ini. Insya'Allah.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Sunday, April 12, 2009

Kelantan vs Selangor ~ Std Bkt Jalil


Sebahagian daripada penonton Kelate


Permainan sedang berlangsung diantara Kelantan dgn Selangor



di padang...bersih permainan nampok...


Pemain meraikan selepas menjaringkan gol.....



Penonton pulok meraikan dgn main bedil....




5 ore mat saleh menjadi penyokong gomo kelate gomo...




"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Saturday, April 11, 2009

Selangor vs Kelantan _ 1st game




Gambar2 semasa game Selangor vs Kelantan yang lepas di Stadium Shah Alam. Rama jugok set2 perantau Kusia gi.
Male ni arap rama jugok set2 kito gi...bereh dehhh jange nok bergomo pulok...Kito gi nok tengok bola jah...jange gi wat beronar pulok..payoh pulok nanti ore tuo kampong nok jamin..
arap set2 kito calling2 deh ... ambo gi ngan Yie, Jali..
GOMO KELATE GOMO
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

Thursday, April 02, 2009

Landmark Kusial

"Tiada apa yang hendak dinukilankan dgn kata2 hanya gambar yang memberi maksud yang tersendiri"












"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

 

Free shoutbox @ ShoutMix