Friday, April 09, 2010

Sinar Harian 09/04/10

Pemain diminta giat berlatih

TANAH MERAH - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tanah Merah, Almidi Jaafar menyeru semua pasukan dalam jajahan ini supaya aktif dalam sukan bola sepak, badminton, sepak takraw mahu pun sukan lain.

Katanya, keaktifan itu tanda jajahan ini kembali rancak dengan pertandingan� sukan tersebut yang bakal diadakan seawal mungkin.

“Saya mahu mereka berlatih bersungguh-sungguh mulai sekarang bagi menghadapi siri kejohanan sukan tersebut tahun ini,” katanya.

Bercakap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan sepak takraw anjuran Kelab Sepak Takraw Pemuda UMNO Cawangan Perumahan Kusial Baru di sini baru-baru ini, Almidi berkata, setiap kampung mempunyai pemain potensi yang boleh diketengahkan di dalam bidang sukan masing-masing.

“Saya minta kepada mereka supaya menggilap bakat yang ada. Bakat itu satu anugerah dan tak sepatutnya disia-siakan begitu sahaja.

“Teruskan latihan bagi persediaan menghadapi siri kejohanan tersebut yang bakal diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, peluang untuk menyertai kejohanan yang bakal diadakan nanti tidak sepatutnya dilepaskan kelab atau pasukan potensi jajahan ini.

Kesempatan itu hendaklah diisi segera dalam usaha melonjakkan sukan tersebut dalam jajahan ini, selain menyatakan jajahan ini juga pencabar utama sukan itu.

“Saya mahu bakat yang ada dimanfaatkan dalam usaha jadikan daerah ini daerah potensi sukan. Saya mahu warga jajahan ini aktif sukan seterusnya menjadi warga cergas cerdas,” katanya.

Sebanyak 22 pasukan menyertai kejohanan mencungkil bakat itu.

Pasukan tersebut terdiri daripada Paku A, Perumahan A, Batu Lapan A, Jerangau A, Wakaf Bata A, Belimbing B, Paduka A, Perumahan D, Wakaf Bata D, Banggol Jenerih A, Asahan D, Perumahan C, Paku C, Banggol Jenerih B, Batu Lapan C, Kampong Rambai, Asahan C, Batu 8 B, Perumahan B, Paku B, Sokor B dan Belimbing A.

Pada kejohanan kali ini, johan disandang Banggol Jenerih A selepas menewaskan Sokor B 21 – 18, 21 – 19.

Mengulas mengenai kejohanan kali ini, Almidi memuji pasukan bertanding yang mula menunjukkan peningkatan selain memiliki pemain handalan.

“Tahniah kepada pasukan� yang berjaya. Jangan berputus asa pada pasukan yang gagal,” katanya.
Sumber : Sinar Harian edisi Timur 09/04/2010
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix