Thursday, February 12, 2009

Sinar Harian 11/02/2009

Klinik bola sepak beri peluang remaja timba ilmu

:TANAH MERAH - Klinik bola sepak bawah enam belas tahun anjuran Kelab Sukan Kawasan Rukun Tetangga Perumahan Kusial Baru, memberi peluang kepada golongan remaja timba ilmu sebanyak mungkin bagi sukan itu.

:Pengerusinya, Rozi Safaai berkata, klinik yang julung-julang kali diadakan itu ternyata mampu memberikan dimensi baru kepada remaja terbabit untuk muncul sebagai pemain bola sepak terhebat daerah.

:Katanya, dengan klinik tersebut, sedikit sebanyak membuka minat remaja setempat melatih diri menjadi pemain bola sepak handalan selain mempelajari teknik dan kemahiran permainan bermutu.

:“Klinik ini merupakan landasan pertama kepada remaja untuk menjadi pemain bola sepak hebat daerah, negeri dan negara. Saya yakin kalau remaja terbabit benar-benar serius dengan apa yang diajar sepanjang klinik berlangsung, saya optimis, akan ada ruang buat mereka beraksi di peringkat lebih tinggi,” katanya pada Sinar Harian semalam.

:Menurut Rozi, peluang berguna itu mesti diisi sebaik mungkin dengan teknik terbaik yang disampaikan jurulatih.

:Salah seorang peserta klinik yang ditemui Sinar Harian, Mohamad Amirullah Hashim berkata, dia melahirkan rasa terima kasih kepada penganjur kerana dipilih menyertai klinik tersebut.

:“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana terpilih menyertai klinik tersebut. Sebelum menyertai klinik, saya hanya tahu menendang bola. Apabila menyertai klinik, saya tahu teknik menendang bola dengan betul, cermat dan tepat,” katanya.

:Amirullah berkata, kalau boleh biarlah klinik tersebut diadakan setiap tahun kerana dengan klinik itu tentunya akan mengungkil bakat pemain bola sepak remaja yang hebat.

:Seorang lagi peserta klinik, Nazibullah Rozi pula berkata, dia berasa bangga kerana terpilih menyertai klinik tersebut dan dia dapat menimba ilmu bola sepak dengan baik.

:“Dulu saya ingat mudah bermain bola sepak. Selepas menyertai klinik, saya dapat tahu bahawa tidak senang bermain bola sepak dengan teknik dan taktik yang betul,” katanya.

:Sementara itu jurulatih klinik tersebut Kamarldin Mahmood menyeru kepada remaja terpilih supaya memanfaatkan ilmu yang diperoleh selain menggunakan peluang terbaik kerana ia tidak mudah untuk memperoleh ilmu itu.


"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix