Sunday, February 15, 2009

Sinar Harian 14/02/2009

Sukan rentas desa pupuk kerjasama

TANAH MERAH - Masyarakat disarankan supaya mengaktifkan diri dalam sukan merentas desa bagi melahirkan masyarakat yang mantap dan sihat.

Pengerusi KRT Perumahan Kusial Baru, Rozi Safaai berkata, sukan tersebut, selain memberikan kesihatan kepada individu itu sendiri, masalah gejala sosial juga mungkin dapat dihindari secara berperingkat-peringkat.

Katanya, tubuh badan sihat akan menjamin kecerdasan minda seterusnya mendorong individu ke arah hidup sihat.

Kehidupan sihat juga secara tidak langsung, berjaya melahirkan warga negara cergas minda dan fizikal sejajar dengan seruan Wawasan 2020.

“Negara perlukan rakyat yang sihat minda dan fizikal. Justeru, sukan merentas desa mesti diaktifkan demi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai jati diri,” katanya pada Sinar Harian.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah, Aziz Ismail pula berkata, merentas desa merupakan salah satu acara sukan yang mampu mendidik masyarakat ke arah cakna alam sekitar.

Katanya, bila berlari merentas desa peserta akan dapat melihat keindahan alam sekitar selain menyedut udara segar, secara tidak langsung pendidikan ke arah sayangkan alam sekitar akan tercapai melalui sukan tersebut.

Aziz berkata, selain menghayati alam sekitar, merentas desa juga mampu melahirkan semangat setia kawan dan kerjasama warga setempat.

“Inilah inti pati penting dalam sukan merentas desa. Perpaduan itu mustahak, alam sekitar juga perlu dijaga, kesihatan juga dituntut,” katanya.

Seorang bekas jaguh silat, Zahari Hamat pula berkata, merentas desa penting bagi melahirkan masyarakat yang gigih berjuang dengan tidak mengenal putus asa dan mudah menyerah kalah.

Katanya, tanpa kegigihan, sesuatu pekerjaan itu tidak akan berjaya, justeru, sebagai permulaan melambangkan kegigihan, merentas desa merupakan satu saluran ke arah menunjukkan kegigihan itu.

“Bukan mudah hendak merentas desa, kalau tidak dengan kesungguhan dan tekad serta semangat yang kuat. Oleh itu, permulaan segala kegigihan dan kesabaran ada di dalam sukan merentas desa,” katanya.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

1 comment:

cengko said...

cikgu aziz ismail ni cikgu geografi kawe maso skoloh banggol 1 dulu ni. ore panggey dio "aziz bongo" sbb maso tu dio pakai van ford bongo. naik pangkat doh dio dih...

 

Free shoutbox @ ShoutMix