Saturday, August 29, 2009

Sinar Harian ~ 29/08/2009

Jalur Gemilang pupuk kerjasama ahli RT

KUSIAL BHARU - Pertandingan Kibar Jalur Gemi-lang yang diadakan di pos kawalan sempena sambu-tan kemerdekaan yang ke-52, mendapat kerjasama dari pelbagai pihak Kawa-san Rukun Tetangga termasuk di jajahan Tanah Merah.

Antara yang menyertai pertandingan tersebut adalah KRT Perumahan Kusial Bharu yang turut menghias kawasan pos KRT mereka dengan bendera Jalur Ge-milang yang dikibarkan penuh di bahagian pintu masuk dan bahagian hadapan pos berkenaan.

Menurut Pengerusinya, Rozi Safaai, dengan adanya pertandingan seumpama itu dapat memupuk sema-ngat kerjasama antara satu :sama lain dalam kalangan penduduk dan ahli RT.:

“Di samping itu, golongan pemimpin tempatan, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustaffa, Ketua Pemuda dan pihak estet yang terdiri daripada kaum Cina juga turut menyumbangkan bendera Jalur Gemilang untuk dikibarkan di kawasan ini.

“Kerjasama semua pihak telah menyatukan penduduk di kawasan ini yang melibatkan hampir 100 orang termasuk penduduk dan ahli RT,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dengan kerjasama dan semangat perpaduan berkenaan juga turut membentuk gagasan Satu Malaysia seperti yang diuar-uarkan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan ‘Rak-yat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’.

Katanya, turut menghiasi pintu pos berkenaan adalah lambang replika Satu Malaysia yang dibuat penduduk kampung dan pihak RT dengan semangat gotong-royong.

“Ini adalah penyertaan julung kali yang diadakan di kawasan ini, dan harapan kami agar program seumpama ini akan diadakan secara berterusan.

“Sempena sambutan ini juga RT kawasan ini turut mengadakan kayuhan jalur gemilang yang bermula sebelum bulan Ramadan lagi bagi memberi semangat kepada penduduk di sini merasai sambutan kemerdekaan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian edisi timur 29/08/2009
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

1 comment:

ida said...

xde gambar ke?

 

Free shoutbox @ ShoutMix