Tuesday, August 04, 2009

Sinar Harian 04/08/2009

Perumahan Kusial idam juara

TANAH MERAH - Pasukan Perumahan Kusial Baru (PKB) menyimpan impian juara komuniti Gual Ipoh dalam pertandi-ngan bola sepak yang berlangsung di padang Ladang Kerilla.

Pengurus pasukan itu, Rozi Safaai berkata, bagi merealisasikan impian tersebut, latihan intensif diadakan selama dua jam sehari setiap petang kecuali hari hujan.

Latihan yang dikendalikan jurulatih dalaman selain pengalaman pemain bertujuan untuk memberikan kecerdasan kepada pemain baik dari segi fizikal dan mental.

Selain itu, percaturan pengalaman antara pemain ternyata memberikan kemantapan kepada pasukan seliaannya.

Punca kelemahan pasukan juga akan diteliti dan dikaji agar kesilapan lalu tidak diulangi. Taktik dan teknik menyerang seluas padang dilakukan dengan beberapa orang pemain senior berpengalaman.

“Bila kami berjanji, kami akan kotakan janji. Kita dah rampas juara Liga DUN Gual Ipoh, kemudian johan lapan sebelah Parlimen Tanah Merah, kali ini giliran komuniti pula,” katanya pada Sinar Harian.

Menurut Rozi, dalam kempen menjuarai sukan tersebut, mesyuarat kebaji-kan pemain diadakan dari semasa ke semasa.

Masalah pemain didengari sambil mencuba untuk menyelesaikan masalah itu dengan sebaik mungkin agar kebajikan pemain terpelihara.

Katanya, pihak pengurusan tidak mahu mendengar masalah pemain ketika berada di dalam padang kerana pemain yang baik tidak harus diiringi dengan masalah.

Oleh itu, segala kesulitan pasukan mes�-tilah diselesaikan di luar padang dalam usaha mencipta kemenangan berterusan.

“Justeru, kami AJK sentiasa mengadakan mesyuarat khas bagi merealisasikan hasrat impian bersama. Dalam mesyuarat itu segala permasalahan diluahkan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian dalam kalangan pemain Perumahan Kusial Baru ternyata mereka menyimpan impian menjuarai kesemua liga yang dipertandingkan.

“Tahun ini sudah dua juara kami bolot dan tidak akan lepaskan untuk kali ini.

“Perjuangan kami dalam bola sepak ada sasaran dan kami mahu tepati sasaran itu,” kata Nik Hazman Latiff pemain bahagian serangan pasukan tersebut.

Pemain sayap kiri Akmal Ariffin pula bertekad untuk mengisi gawang gol lawan sebanyak mungkin ketika bertemu di padang nanti.

“Saya dah berjanji pada diri akan gegarkan jaring lawan setiap kali bertemu di gelanggang. Saya mahu jadikan PKB pasukan terkuat di Tanah Merah ini,” katanya.
Sumber dari Sinar Harian Edisi Timur Selasa 04/08/2009.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix