Monday, March 15, 2010

Sinar Harian 15/03/10

Perlawanan persahabatan ukur prestasi

TANAH MERAH - Pasukan bola sepak Perumahan Kusial Baru (PKB) terus mengadakan perlawanan persahabatan menentang 5 Rejimen Artileri Di Raja (RAD), dalam usaha memantapkan pasukan dan mengukur prestasi bagi menghadapi kejohanan akan datang, semalam.

Pengurus pasukan PKB, Rozi Safaai berkata, biarpun berjaya membelasah pasukan lasak itu dengan jaringan 4 gol 0, ternyata masih ada ruang-ruang kele-mahan pasukannya yang perlu dibaiki.

“Masih banyak ruang yang perlu dibaiki kerana kelemahan masih ada dan saya masih tidak berpuas hati dengan corak permainan.

“Saya mahu pemain seratus peratus tumpukan kepada pa-sukan ketika berada dalam padang,” katanya.

Menurutnya, bahagian serangan masih tumpul dan perlu dipertajam apa lagi di bahagian tengah serta begitu juga di posisi pertahanan kerana masih boleh dibolosi pihak lawan dan kadang kala mencemaskan pasu-kannya.

“Kami akan mengadakan perlawanan persahabatan seberapa banyak yang mungkin. Sebelum kejohanan bermula kami akan isi kalendar latihan dengan perlawanan tersebut.

“Kami akan pastikan PKB benar-benar mantap sebelum melangkah ke kejohanan berprestij yang mungkin bermula tidak berapa lama lagi, dengan kehadiran pasukan baru yang perlu diberikan perhatian,” katanya.

Menurutnya, persiapan awal merupakan amaran kepada pasukan lain di jajahan ini bahawa PKB bersungguh-sungguh mahu juarai setiap kejohanan yang mereka sertai.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, Rozi berkata, beliau kagum dengan 5 RAD yang menunjukkan konsisten dalam permainan selain prestasi boleh dibanggakan.

Serangan daripada pasukan tersebut juga membimbangkan, apa lagi dengan sepakan kencang pemain muda yang sukar dibentes.

“Saya tahu 5 RAD mantap dalam bola sepak. Sebab itu kami mengadakan perlawanan persa-habatan dengan pasukan mereka.

“Kemenangan PKB mungkin atas pengalaman. Apa pun, 5 RAD pasukan yang tidak boleh dipandang ringan dan patut dige-runi,” katanya.

Rozi berkata, perlawanan tersebut juga merupakan siri persiapan bagi menghadapi kejohanan terdekat 8 sebelah yang bakal di adakan di Padang Perumahan Awam Kusial Baru Mac ini.

“Saya mahu setiap pemain siap siaga. Jangan letak masalah dalam kepala. Tenang dalam kepala tentang juara. Itu saja,” katanya. - HL
Sumber Sinar Harian Edisi Timur 15/03/2010
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix