Sunday, March 15, 2009

Berita Minggu 15/03/2009


Lelaki OKU rentung
Oleh Khairul Anuar Abdul Samadkrull@bharian.com.my
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat meninjau tempat kebakaran yang menyebabkan Mohd Zulhazwan (gambar kecil) rentung di Kampung Geting, dekat Tumpat, semalam.
Mangsa ditinggal seorang diri ketika kejadianTUMPAT: Seorang remaja terkilan apabila abangnya yang kurang upaya yang selalu dijaganya, rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah separuh papan di Kampung Geting, dekat sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Zulhazwan Mohd Zainuddin, 22, ditemui rentung di belakang pintu sebuah bilik.
Adik mangsa, Mohd Zulhilmi, 18, berkata kebiasaannya beliau ditugaskan menjaga abangnya yang tidak banyak bercakap selepas di-serang demam panas beberapa tahun lalu, namun pada petang kejadian, tergerak hatinya untuk mengikut ayah serta ibunya ke Kusial, Tanah Merah. Katanya, sebelum meninggalkan rumah itu, adiknya, Mohd Zulhafiz, 15, berjanji akan menjaga abangnya itu sebaik mungkin, ketika beliau dan keluarga tiada di rumah. "Mohd Zulhafiz dikatakan meninggalkan Mohd Zulhazwan seorang diri dalam rumah berkenaan dan mengunci pintu rumah itu dari luar untuk ke kedai berhampiran, ketika kebakaran berlaku.
"Saya dan keluarga masih dalam perjalanan ke Tanah Merah, apabila ibu, Che Hamidah Che Mood, 48, menerima panggilan mengenai kejadian itu dan bergegas pulang, sebelum mendapati abang sudah rentung," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, penghuni kedua-dua rumah berkenaan tidak mengalami kecederaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kelabo-ran, dekat sini untuk bedah siasat. Mohd Zulhilmi berkata, apa yang menyedihkan, orang kampung cuba memasuki rumah itu untuk menyelamatkan barangan secara menendang pintu utama tetapi gagal kerana pintu terkunci selain api marak dengan cepat. "Ketika itu, orang kampung tidak sedar bahawa abang masih ada dalam rumah dan saya percaya Mohd Zulhazwan berusaha menyelamatkan diri tetapi disebabkan kecacatan dialami, beliau gagal berbuat demikian," katanya.
Jiran Mohd Zulhilmi, Selamah Daud, 58, berkata ketika kejadian, beliau berada dalam rumah bersama dua anaknya, sebelum melihat api sedang marak pada bahagian atas rumah yang didiami Mohd Zulhazwan. Katanya, memandangkan rumahnya berkembar dengan rumah mangsa, beliau berusaha untuk memadamkan kebakaran itu dengan alat pemadam kebakaran, namun gagal. "Jiran menyelamatkan saya serta dua anak dari rumah itu dan hanya tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan sebarang harta benda lain," katanya.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix