Thursday, March 05, 2009

Sinar Harian 5-3-2009

KRT Perumahan Kusial Baru rampas liga

TANAH MERAH - Dalam usaha merampas Piala Liga Tanah Merah, pasukan bola sepak KRT Perumahan Kusial Baru giat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan liga yang bakal diadakan nanti.

Pengurus pasukan tersebut, Rozi Safaai berkata, latihan intensif tersebut dilakukan setiap hari bermula jam 5.30 petang yang dikendalikan oleh jurulatih Mokhtar Che Kob dan Kamardin Mahmood.

“Tahun lepas kita telah menjadi naib juara liga tersebut. Tahun ini juara Liga Tanah Merah bakal menjadi miliki kita memandangkan latihan intensif yang kita dilakukan setiap petang,” katanya pada Sinar Harian.

Seramai dua puluh pemain menjalani latihan di Padang Perumahan Awam di sini.

Taktik dan teknik penguasaan bola serta latihan mental dan fizikal sangat ditekankan sepanjang latihan diadakan.

Selain menjalani latihan keras, perlawanan persahabatan juga akan dikerapkan dalam usaha mengimbangi rentak persembahan.

Perlawanan tersebut bakal menguji ketajaman barisan serangan selain memastikan bahagian pertahanan dan tengah mantap dan sukar ditembusi lawan.

“Itulah antara latihan yang dijalankan sekarang dalam usaha merealisasikan impian pasukan.

“Kelemahan liga lalu akan menjadi iktibar kepada pasukan kami untuk terus memantapkan pasukan,” katanya.

Sehingga kini sudah tiga perlawanan persahabatan diadakan antara pasukannya dengan Teratak Batu dan 5 Rejimen Artileri Di Raja (RAD).

Biarpun tewas sekali dari tiga kali perlawanan, latihan itu menunjukkan kesan positif ke arah kebangkitan pasukannya.

Membelasah 5 RAD 6 gol berbalas 1 di Kok Lanas, menewaskan Teratak Batu di Pasir Putih 2 gol 1 dan tewas dengan Teratak Batu di Tanah Merah hasil jaringan gol sendiri, ternyata menunjukkan prestasi tinggi pasukannya.

Selain itu, banyak lagi perlawanan persahabatan akan diadakan dengan pasukan handalan Kelantan bagi memastikan pasukan KRT Perumahan Kusial Baru gergasi bola sepak Kelantan.

“Kami akan sertai mana-mana kejohanan liga yang dijemput.

“Justeru dalam usaha menjadikan pasukan KRT Perumahan Kusial Baru pasukan yang digeruni bukan sahaja dalam jajahan Tanah Merah, malah Kelantan amnya, kami akan cuba memenuhi setiap undangan yang diterima,” katanya.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

1 comment:

cengko said...

gambar tu.. bui la ore buleh klik kane... klik utk besar... baru buleh tengok set2 bola kito...

ni gambar kecik... xnapok gapo satu...

 

Free shoutbox @ ShoutMix