Monday, March 16, 2009

Sinar Harian 16/03/2009 ~1

Mangsa kebakaran terima bantuan
KAMPUNG GETING - Mangsa kebakaran, Zainuddin Ariffin, 48, yang kehilangan seorang anak Orang Kurang Upaya yang rentung dalam kejadian kebakaran semalam mendapat perhatian Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaru-din Jaafar. Bantuan berupa wang tunai tersebut disampaikan oleh Pega-wai Khas Ahli Parlimen Tumpat, Mohd Nawawi Adam. Mohd Nawawi berkata, keluarga itu akan dibantu oleh kerajaan negeri di bawah bantuan Tabung Serambi Mekah dalam masa tersekat. Sementara itu, hasil usaha Penghulu Kampung Geting, Sabri Husin mengutip derma di tempat kejadian ketika penduduk kampung berkumpul menyaksikan kejadian kebakaran tersebut berjaya mengumpul wang sebanyak RM747.50. Sabri berkata, setakat jam 4.20 petang semalam, pihaknya berjaya mengutip derma daripada penduduk kampung sebanyak RM747.50, manakala masih ada lagi derma daripada orang ramai yang dikutip di masjid. “Bagaimana pun, wang tersebut masih belum diserahkan kepada keluarga mangsa kebakaran kerana masih ada lagi kutipan derma akan dilakukan,” katanya. Seorang anak Zainuddin, yang berusia 21 tahun iaitu Mohd Zulhazwan rentung apabila terperangkap dalam bilik tidur dalam kebakaran yang meranapkan dua rumah berkembar kelmarin. Mangsa yang tinggal bersendirian sedang tidur dalam bilik kerana adiknya, Mohd Zulhafiz, 15, keluar ke kedai membeli gula.
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix