Saturday, May 23, 2009

Sinar Harian 21/05/2009

Pasukan Sokor Baru akur kehebatan Tebing Tinggi
TANAH MERAH - Sokor Baru akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Te-bing Tinggi apabila pasu-kan berjersi kuning itu menewaskan mereka 3-1. Pergerakan lincah penyerang Tebing Tinggi sukar dibendung Sokor Baru biarpun mereka juga memiliki penyerang handalan yang mampu merobek tempo permainan pasukan berjiran dengan perumahan Kusial Baru itu. Apapun asakan Sokor Baru, dibentes Tebing Tinggi yang dikawal ketua pasu-kan berpengalaman mereka Zulkifli Isa. Dalam situasi padang lembab dan sedikit becak akibat hujan dua hari lepas, Zulkifli berjaya mengawal kecamuk diri anak-anak buahnya sepanjang perlawanan liga DUN Gual Ipoh itu berlangsung. “Serangan daripada pasukan Sokor Baru tajam berbisa, tetapi pemain Tebing Tinggi memiliki kepakaran mengendalikan bola dan akhirnya kami memenangi perlawanan tersebut,” kata Zulkifli. Rentak separuh masa pertama menyaksikan kedua pasukan saling berbalas serangan. Kedua pasukan memiliki penyerang bahaya. Justeru dalam minit ke-10 separuh masa pertama, Anuar Harun yang mendapat bola di bahagian sayap kiri melambung bola terus ke dalam gawang gol Tebing Tinggi dan tidak dapat diselamatkan penjaga gol pasukan itu. Jaringan itu memuncakkan semangat pemain Sokor Baru. Dengan pengalaman yang ada di dalam diri pemain, pasukan pelawat itu meneruskan usaha mencari gol melalui sepakan pantas pemain tengah, penyerang dan sayap. Namun, asakan pemain berjersi biru itu dapat dipatahkan pertahanan Te-bing Tinggi. Transformasi pengalaman pemain pinggir sungai itu ditunjukkan dengan kemahiran permai-nan bermutu. Justeru dengan gandingan semua pemain dalam minit ke lima belas separuh masa ke dua, Fadzrul Nizam Mustapha menyepak masuk bola ke dalam gawang gol Sokor Baru. Perlawanan menjadi semakin rancak dengan jari-ngan penyamaan itu. Apa pun hujan lebat menyekat kemaraan kedua pasukan. Padang kembali becak dengan air bertakung di sana sini. Pengadil meneruskan perlawanan meskipun cuaca gelap. Sokor Baru terus menyerang walaupun dalam keadaan becak. Namun, serangan itu dapat dihalang pemain pertahanan Tebing Tinggi. Dalam minit kedua puluh dua separuh masa kedua, Zulkifli Isa melambung bola terus ke kaki Masran Mad Zin. Dia menggelecek pertahanan Sokor Baru dan terus merembat masuk bola ke dalam gol. Gol kedua itu memberikan semangat juang kepada pasukan Tebing Tinggi untuk menguasai pertandingan. Pada minit ke-34 Su-raidy Yaacob menambah derita Sokor Baru dengan satu lagi jaringan cantik melalui sepakan kencang di penjuru sebelah kanan. Sementara itu Ketua Pasukan Tebing Tinggi Zulkifli Isa berkata, dalam usaha merebut piala liga, pasukannya akan berlatih bersungguh-sungguh. “Apa yang kami idamkan ialah piala liga. Justeru, bagi merealisasikan impian itu kami akan berlatih bersungguh-sungguh dan menganggap siap pasukan adalah kuat,” katanya.
sumber Sinar Harian edisi Timur
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

1 comment:

cengko said...

ganah nijae... adik sapo tu haaa...

 

Free shoutbox @ ShoutMix