Monday, June 15, 2009

Sinar Harian 15/06/2009

Perumahan Kusial Baru gandakan latihan
TANAH MERAH - Pasukan Perumahan Kusial Baru (PKB), yang berjaya melangkah ke suku akhir Piala Liga DUN Gual Ipoh selepas menumpaskan Banggol Laha 3-0 dan seri dengan Jerangau FC 1, meneruskan cabaran menggandakan latihan bagi merealisasikan impian merampas piala liga. Pengurus Pasukan, Rozi Safaai berkata, latihan rancak dijalankan sebagai persiapan bertemu dengan Gobek Isnin nanti (hari ini). “Kami akan bermain dengan sebaik mungkin kerana tahu kemampuan pasukan Gobek. Mereka juga memiliki kepakaran di bahagian serangan dan pertahanan. “Barisan tengah mereka juga konsisten dan mampu beri ancaman kepada pasu-kan,” katanya. Menurut Rozi, dia bersama jurulatih pasukannya sentiasa berikan idea terbaik bagi memastikan mereka memenangi kesemua pertandingan yang bakal disertai nanti. Katanya, segala kelema-han dan masalah pemain dipantau dengan teliti dan diselesaikan secara berhemah agar tidak mengganggu konsentrasi mereka. “Saya tidak mahu mereka melepaskan peluang walaupun seminit dalam padang. Peluang yang baik harus diisi dengan jaringan gol. “Kalau pemain dapat ikuti segala yang dipelajari, saya yakin mereka akan berjaya dan hasrat kami mahu menjadi juara akan tercapai,” katanya. Apabila ditanya Sinar Harian mengenai potensi pemain ketika ini, Rozi berkata, kesemua pemainnya sudah bersedia untuk bertempur di padang perlawa-nan. Katanya, latihan mengawal keadaan dari segi serangan dan pertahanan berjaya dilakukan dengan sebaik mungkin. Selain itu, katanya, pengalaman pemain yang diadunkan dengan jurulatih, menjadikan pasukan itu mantap dan sukar digugat. Taktik menyerang seluas padang dan bertahan sekecil ruang, diajar bagi memastikan pasukannya memenangi di dalam perlawanan yang disertai. “Kami mahu buktikan bahawa di dalam jajahan ini, kami antara pasukan terkuat. Justeru, saya mohon kepada semua pemain supaya bermain habis-habisan bagi memastikan juara tersebut milik kami,” katanya. Rozi juga menyarankan kepada remaja perumahan yang memiliki kepandaian dan potensi untuk maju dalam bidang sukan bola sepak, supaya turun berlatih. Katanya, dengan cara itu bola sepak perumahan akan maju seterusnya mewujudkan sebuah pasukan bola sepak terkuat, bukan sahaja daerah ini malah di peringkat negeri. “Saya tahu, ada dalam kalangan remaja yang memiliki potensi itu. Justeru saya mohon kepada mereka supaya manfaatkan bakat yang ada. Jangan sia-sia pemberian berharga itu. Gilaplah demi untuk kebaikan bersama,” katanya
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix