Wednesday, June 24, 2009

Sinar Harian 24/06/2009

Kehadiran Roslan mantapkan pasukan perumahan
TANAH MERAH - Kehadiran warga tempatan, Dato’ Haji Mohammad Roslan Mohamad bersua muka beramah mesra dengan pemain Perumahan Kusial Baru, menyuar semangat juang pemain pasukan tersebut. Selain meletakkan impian kepada pemain bawah 30 puluh tahun untuk merampas kesemua piala liga yang bakal dipertandingkan nanti, Mohammad Roslan juga membayangkan kejuaraan bakal diraih pasukan bertenaga itu sekiranya mereka bermain bersungguh-sungguh dengan menganggap kesemua pasukan bakal ditemui adalah pasukan yang kuat. Sempena dengan kunjungan itu juga, Mohamad Roslan sudi menghadiahkan jersi baru, merah putih kepada pasukan tempatan yang bakal beraksi di dalam perlawanan akhir Piala Liga DUN Gual Ipoh, menentang Banggol Laha beberapa hari nanti. “Saya yakin dengan pencapaian pasukan kampung saya, malah kagum dengan kebolehan mereka. “Kesemua mereka masih muda, apa yang saya dengar, pasukan ini mantap dan digeruni lawan di Tanah Merah ini,” katanya pada Sinar Harian. Mohammad Roslan berkata, bermain dalam satu pasukan merupakan antara faktor menentukan kejayaan sesebuah pasukan itu. “Sukar mencari kemenangan kalau bermain secara individu. Justeru saya mohon kepada semua pemain, bermainlah secara jujur dan ikhlas. “Bermainlah dalam satu pasu-kan dan kalau boleh, jaringlah sebanyak gol yang mampu,” katanya yang juga merupakan bekas pengurus pentadbiran pasukan bola sepak Kota Darul Naim. Selain bermain dalam satu pasukan, Mohamad Roslan juga meminta pemain bermain dengan emosi terkawal dan tidak terlalu sensitif. Katanya, sikap sensitif dan tidak dapat mengawal emosi akan membawa kucar kacir kepada pasukan, seterusnya mengundang kecun-dang. Mohamad Roslan juga menekankan corak permainan pantas dan menarik kerana formasi itu akan menentukan kejayaan sesebuah pasukan. “Pemain kena tentukan formasi permainan sepertimana yang telah diajarkan oleh jurulatih. Justeru, dalam menentukan kemenangan pasukan yang diminati ini, saya mohon agar formasi yang ditunjukkan sepanjang liga berlangsung dipersembahkan sekali lagi pada perlawanan akhir ini,” katanya. Sambil berjanji akan menghadirkan diri pada perlawanan akhir nanti sebagai memberikan sokongan moral kepada pemain, Moham-mad Roslan juga berharap setiap perlawanan yang melibatkan pasu-kan Perumahan Kusial Baru tetap dimaklumkan kepadanya. “Saya mula meminati dengan pasukan kampung saya dan akan pantau kemajuan pasukan itu dari masa ke semasa,” katanya. Sementara itu pengurus pasukan tersebut, Rozi Safaai mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Mo-hammad Roslan yang sudi menghadiahkan jersi kepada pasukannya. Sambil menyifatkan pemberian itu sebagai cakna dato’, beliau juga berharap satu persembahan menarik bakal ditunjukkan pasukan itu sewaktu beraksi di dalam perlawanan akhir nanti. “Insya-Allah, kami akan cuba bermain dengan sebaik mungkin. Kami akan sajikan kemenangan sebagai hadiah buat dato’ yang cakna kami,” katanya. - HL
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix