Tuesday, July 28, 2009

Sinar Harian 28/07/2009

Perumahan Kusial Baru juara liga KAFA

TANAH MERAH - Pasukan Perumahan Kusial Baru (PKB) ternyata handal buat Bandar FC, apabila berjaya menewaskan lawannya 4-2 melalui sepakan penalti selepas terikat 0-0.

Kejayaan itu melengkapkan janji pasukan PKB untuk merampas apa sahaja piala liga yang dipertan-dingkan di dalam jajahan ini.

Bermula sea-wal minit pertama, kedua pasukan� mula menunjukkan corak permainan yang tinggi. Bandar FC yang memulakan sepak mula terus mengatur strategi mencari gol awal, namun serangan itu dibentes pertahan PKB yang diketuai Nik Adnan Latiff.

Perumahan Kusial Baru yang mahu mempertahankan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan, menggandakan asakan selain mempertingkatkan kawalan pertahanan.

Kedua-dua pasukan tidak dapat menembusi kubu lawan masing-masing meskipun sudah beberapa kali mencuba.

Minit ke-15 separuh masa pertama mencemaskan pasukan Bandar FC apabila bola sepakan Nik Azman dikelirukan pula oleh Akmal Ariffin nyaris membolosi pintu gol mereka.

Namun pujian harus diberikan kepada penjaga gol dan pertahanan pasukan biru berbelang merah itu yang menunjukkan komitmen tinggi dalam perlawanan.

Selain itu, serangan pantas mereka juga mampu kucar-kacirkan pertahanan pa-sukan Perumahan Kusial Baru. Namun serangan itu dengan mudah dipatahkan pasukan merah putih tersebut.

Separuh masa kedua, serangan kedua pasukan di-pertingkatkan, namun tiada jaringan gol yang dihasilkan sehinggalah perlawanan berakhir tepat 6.45 petang.

Sepakan penalti diadakan dan pasukan Perumahan Kusial Baru berjaya tewaskan Bandar FC.

Perumahan Kusial Baru berjaya menjejak kaki ke perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan Manal 1-0, kemenangan percuma dengan Gertak Cabang dan Kampung Sat dan seri dengan Bandar Fc dalam perlawanan liga kumpulan. Selain itu, PKB juga mengalahkan Tepi Sungai 2-0 dalam perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, pengurus pasukan PKB, Rozi Safaai berkata, kemenangan itu merupakan kemenangan imej pasukannya.

“Kami menjalani latihan intensif setiap petang seba-gai persediaan menghadapi pasukan kuat seperti Bandar FC. Yang ada dalam diri kami ialah kemenangan dan akhirnya kami kotakan impian kami,” katanya.

Selain mengucapkan tahniah kepada pemain kerana bermain bersungguh-sungguh di dalam perlawanan tersebut, Rozi juga bangga kerana anak-anak peruma-han� kini sudah menjadi pemain bola sepak yang digeruni pasukan lawan baik dalam mahu pun luar daerah.

“Saya bangga kerana pasukan kami mempunyai pemain yang terdiri daripada anak-anak perumahan. Saya harap komitmen ini berterusan dalam usaha merancakkan sukan bola sepak di jajahan ini,” katanya. -HL
Sumber dari Sinar Harian Edisi Timur 28/07/2009
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix