Sunday, March 28, 2010

Sinar Harian 28/03/10

Jurulatih PKB tidak puas hati catat keputusan seri 2-2

TANAH MERAH - Pengurus pasukan Perumahan Kusial Baru (PKB), Rozi Safaai masih tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan persahabatan menentang Telosan, di sini, semalam.

Biarpun pasukan PKB seri dengan Telosan 2-2, namun masih banyak lagi kelemahan patut dibaiki dalam usaha jadikan pasukannya sebuah pasukan digeruni jajahan itu.

“Saya teliti perlawanan semalam. Banyak lagi yang perlu dirombak. Kelemahan masih terserlah. Saya tetap tidak berpuas hati dengan mutu persembahan walaupun seri. Kami tak mahu kekalahan dan seri. Kami mahu kemenangan dalam setiap perlawa-nan yang diadakan,” katanya.

Menurutnya, taktik dan kepantasan, selain tandukan tepat dan tajam perlu ditingkatkan lagi dalam ikhtiar memantapkan pasukan.

Bermula tiupan wisel minit pertama, kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan selain mempamerkan corak permainan pantas.

Apa pun Telosan tidak sia-siakan peluang mereka selepas minit ke-20 separuh masa pertama apabila penyerang handalannya menjaringkan gol melalui sepakan cantik yang gagal ditampan penjaga gol PKB, Azahar Latiff.

Apa pun jaringan itu tidak lama apabila penyerang PKB, menjaringkan gol penghujung separuh masa pertama menjadikan kedudukan 1-1.

Nazrin Johan meletakkan PKB di hadapan apabila dalam minit ke-10 separuh masa kedua, namun kemenangan tidak berpihak kepada PKB apabila penyerang Telosan menyamakan kedudukan 2-2 lima minit sebelum permainan berakhir.

“Kami akan terus mengadakan perlawanan persahabatan bagi mencari kejayaan dan kemantapan. Kami mahu cemerlang dalam setiap perlawanan, baik dalam jajahan ini mahu pun di daerah lain,” katanya,

Menurutnya, masa terluang tanpa kejohanan ketika ini diisi dengan perlawanan persahabatan, dalam usaha mencari resipi kejayaan pemangkin semangat. - HL
Sumber : Sinar Harian Edisi Timur 28/03/2010
"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard & PKB

1 comment:

resta07 said...

salam..

Kunjungi ini http://www.unand.ac.id/arsipua/pnl/

 

Free shoutbox @ ShoutMix