Saturday, December 08, 2007

Berita Banjir Kusial dan Kelate

Keratan Akhbar ~ Utusan Malaysia
Sementara itu, di KELANTAN, 400 penduduk terpaksa dipindahkan selepas empat jajahan di negeri itu dilanda banjir.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim berkata, banjir di Jeli paling serius dengan 201 orang dipindahkan.
Ini diikuti jajahan Gua Musang seramai 114 mangsa manakala selebihnya jajahan Tanah Merah seramai 77 orang.
Banjir juga menyebabkan sebahagian Jalan Jeli-Dabong ditutup manakala Jalan Raya Timur Barat di Kilometer 123 hingga Kilometer 124 pula ditutup berikutan tanah runtuh berlaku di situ.
Keadaan di Kelantan dilaporkan masih membimbangkan apabila bacaan paras sungai pada pukul 4 petang ini menunjukkan Sungai Golok di Jenob melebihi paras bahaya (23.5 meter) iaitu 24.46 meter manakala kebanyakan tempat untuk Sungai Golok dan Sungai Kelantan melepasi paras berjaga-jaga.

Keratan Akhbar ~ Berita Harian
Di KOTA BHARU, 392 penduduk daripada 81 keluarga di tiga jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang dipindahkan semalam. Jeli ialah jajahan paling teruk terjejas akibat banjir dengan 201 orang daripada 44 keluarga, dipindahkan, manakala di Tanah Merah (77 daripada 18 keluarga), dan Gua Musang (114 daripada 19 keluarga). Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim, berkata dua kampung yang terbabit ialah Kampung Jeli Lama dengan 127 orang daripada 31 keluarga, Kampung Air Lanas (74 daripada 13 keluarga). Di Gua Musang, 60 mangsa daripada 12 keluarga di Kampung Lebir dan 54 daripada tujuh keluarga di Kampung Bertam dipindahkan. Di Tanah Merah, 68 daripada 15 keluarga di Kampung Gual Ipoh dan sembilan daripada tiga keluarga di Kampung Chekok Ipoh, turut dipindahkan. Amir Hamzah berkata, laluan di KM31, Jalan Jeli-Dabong ditutup kepada semua kenderaan, manakala tanah runtuh antara Km123 dan 124 Jalan Raya Timur Barat menyebabkan hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan.

Keratan Akhbar ~ NST
KOTA BARU: Three districts in Kelantan have been hit by floods with 80 families evacuated from their homes following heavy rain since Wednesday.
The 392 people affected were from Kampung Jeli Lama and Air Lanas in Jeli; Kampung Lebir and Bertam in Gua Musang and Kampung Gual Ipoh and Chekok Ipoh in Tanah Merah.The six villages were reported to be under 1.5m of water.State deputy police chief Senior Assistant Commissioner II Amir Hamzah Ibrahim said here yesterday that a stretch of road at Km31 from Jeli to Dabong in Kuala Krai had been closed to all traffic.
He said the flood operation room at the state police headquarters had been open from yesterday afternoon. The public can call 09-7450999 for details on the situation.Amir Hamzah also advised residents living in low-lying areas to heed advice from the authorities and evacuate when they were told.They were also advised to lock all the doors and windows of their houses to avoid theft, taking all important documents and valuables and switching off electricity in their houses before leaving their homes.The water level of Sungai Golok at its measuring point at Jenob in Tanah Merah had breached the danger level as at 3pm yesterday. It was at 24.46m compared with the danger level of 23.50m.The water level at six other measuring points in the state has risen above the alert level.The level at Sungai Galas in Da-bong was at 35.96m (alert level 32m); Sungai Lebir in Tualang, 34.34m (27m); Sungai Kelantan at Kuala Krai, 24.89m (25m) and Sungai Kelantan at Kusial, 15.65m (12m).The level of the Sungai Kelantan at the royal jetty in Kota Baru was 3.37m (3m) and Sungai Golok at Rantau Panjang, 7.51m (7m). In Kuala Terengganu, four rivers in the state were nearing the danger level while a bridge in Kemaman had been closed as it has been submerged by floods yesterday. There were no evacuations so far.As at 4pm yesterday, two points along Sungai Besut, near Kampung La and at Jambatan Jerteh, the water level had risen to 18.78m and 7.98m respectively.The danger level for these two points stand at 19.20m and 8.90m.The level at Kampung Pasir Raja, Sungai Dungun has risen to 36.12m just 1.38m shy of the danger level, while along Kuala Jengai, also in Sungai Dungun, the water level has risen to 18.76m, about 1.04m short of the danger level.

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix