Wednesday, December 12, 2007

Korban Banjir Pertama di Kusial

Takziah kepada keluarga Cek Din (dulu dok tepi Sekolah Keb Tebing Tinggi sekarang menetap di berek estate Tebing Tinggi) atas kehilangan anak yang disayangi akibat lemas ketika bermain air di Kepat. Arwah berusia dale lingkungan 14 tahun. Di kebumikan lepas Isyak di tanah perkuburan Kusial Bharu. Al-fatihah. Amin.

Kusial kini terputus hubungan kerana air di Chekok Ipoh dan Keluit dah lintas jalan dan perumahan blok kat bawah ZZ, Z,Y dan X dah ditengelami air paras paha ( sehingga 10 mlm tadi).Kini penghuni blok2 tersebut dah berpindah ke tempat pusat pemindahan banjir. Ore Kusial yang bekerja di Tanah Merah terpaksa jale kaki atas gertok.

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix