Wednesday, December 19, 2007

Makluman Banjir

Salam dan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua anok2 Kusial yang dok dikampong dan di rantauan, yang kelik berayo dan yang tok kelik berayo, yang kelik berayo boleh main air tapi kena beringat dan berhati2 jange sampai nyawa tergadai..
Untuk makluman semua, pado sapo2 hok nok kelik ko Kusia @ Kelate, klu nok kelik ikut Gua Musang rasonya jale masih di tutup lagi akibat jale rayo jerlus dan tanah runtuh.
Ambo pon pagi tadi dale perjalane nok kelik ko Kusia ikut Gua Musang, tapi sampai kat Zoo Negara dengar berita di radio mengatakan jalan Gua Musang ke K.Krai ditutup akibat jalan jerlus di Paloh dan terbaru jalan alternatif Gua Musang ke Dabong/Jeli juga di tutup akibat tanah runtuh. dan pihak berkuasa tempatan menyarankan kepada ore kelate yg nak kelik terpaksa menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (laluan ke Terengganu) dan laluan Lebuhraya Timur Barat (Grik).Terpaksalah ambo ikut Grik.Dari KL pukul 12pm sampai di Grik pukul 5pm. Dan di Jeli (Kuala L0ng) tanah runtuh tapi dah disodok oleh JKR, sampai di Gertok Kenerak pukul 9pm. Tempat nok parking kereta penuh, semua kereta ore Kusia.Meniti gertok ler ambo dale gelap campur ngan ujan renyai2...akhirnya sampai jugak di Kusia dgn selamat.Alhamdullilah.
Air di Keluit pon dah surut cuma di Chekok Ipoh masih lagi tokleh lalu..
Dan kepada hok nok kelik tu berhati2 semasa memandu,
dan sekali lagi ambo ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
maaf zahir batin.
"Kito Anok Kusia"
Anok Kusia, Perantau Kusia, ISVKB,ISPKB,Sri Guillemard

Keratan Akbar Berita Harian
Di KOTA BHARU, pemindahan mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak pagi ini berikutan keadaan banjir di Pasir Mas yang semakin buruk menyebabkan lebih 7,000 orang dipindahkan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah keseluruhan yang dipindahkan di Kelantan pagi ini ialah 10,321 orang berbanding 8,066 orang malam tadi. Limpahan air Sungai Golok berikutan pelepasan air sebuah empangan di selatan Thailand sejak beberapa hari lalu, menyebabkan daerah Tumpat turut dilanda bencana itu dan sejak malam tadi seramai 1,922 orang dipindahkan.
Jumlah mereka dipindahkan di Tanah Merah pula ialah 233 orang, Kota Bharu 122 dan Machang 138, katanya. Jalan-jalan masih ditutup ialah Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang di KM 13, Jalan Tumpat-Pengkalan Kubor yang masing-masing dinaiki air sedalam 0.8 meter serta laluan utama di KM 65 Gua Musang-Kuala Krai dan jalan alternatif disediakan iaitu jalan lama Kota Bharu-Jeli-Dabong-Meranto-Gua Musang yang dilitupi tanah runtuh. Beliau berkata pengguna jalan raya yang ingin ke Kelantan boleh menggunakan Jalan Raya Timur Barat dari Gerik di Perak dan juga melalui Terengganu. Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di Sungai Kwang Kampung Bukit Mas, Tanah Merah masih diteruskan hari ini.

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix