Thursday, December 13, 2007

Berita Banjir

Keratan Metro
KOTA BHARU: Keadaan banjir di daerah ini semakin buruk selepas sesetengah kawasan di pusat bandar mula dinaiki air hingga menyebabkan beberapa laluan ditutup sejak petang semalam.Keadaan itu berpunca daripada hujan lebat di Hulu Kelantan yang mencapai 200 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam hingga awal pagi semalam.Tinjauan Harian Metro jam 7 petang semalam mendapati beberapa laluan termasuk Jalan Tok Hakim, Jalan Tengku Petra Semerak, Jalan Che Su, Jalan Temenggong dan Jalan Tengku Chik mula dinaiki air.Bagaimanapun, laluan itu masih dibuka kepada semua lalu lintas, namun dijangkakan paras air akan terus meningkat menjelang tengah malam.
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja mencatatkan 5.93 meter berbanding 5.48 meter dalam tempoh sama kelmarin dan melebihi paras bahaya 5 meter.
Sehingga jam 7 petang semalam, Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan bacaan 27.32 meter (paras bahaya 25 meter), Sungai Kelantan di Kusial 18.72 meter dan Sungai Golok di Rantau Panjang mencapai paras 10.07 meter.Sungai Lebir di Gua Musang mencatatkan paras melebihi paras bahaya apabila mencapai 35.97 meter semalam.Sungai Golok di Jenob juga menghampiri paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 23.45 meter.Sungai Galas, Dabong di Kuala Krai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran 35.04 meter manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh surut berbanding kelmarin apabila mencatatkan 0.55 meter.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kelantan, berkata sehingga jam 6 petang semalam, 2,093 orang daripada 424 keluarga dipindahkan ke 42 pusat pemindahan banjir.Sementara itu, laluan di Kilometer 65, Jalan Kuala Krai-Machang berhampiran Jambatan Sungai Durian ditenggelami air sedalam dua meter sepanjang satu kilometer dan ditutup kepada semua kenderaan.Satu lagi laluan yang ditutup ialah di Kilometer 38, Jalan Jeli-Kuala Balah, Dabong dekat Kampung Reka selepas ditenggelami air sedalam satu meter.

Keratan Berita Harian
Dua remaja, warga emas mangsa terbaru banjir ,br>KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda beberapa negeri meragut tiga lagi mangsa masing-masing dua di Kelantan dan seorang di Johor semalam. Dua korban banjir di Kelantan membabitkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun, menjadikan keseluruhan sembilan korban di negeri itu sejak Sabtu lalu. Dalam kejadian pertama jam 1.30 petang di Kampung Chekok, Gual Ipoh, Tanah Merah, Hizuan Kassim, 15, lemas dalam tali air berdekatan rumahnya dipercayai terjatuh ketika bermain air.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis Kelantan, berkata mangsa ditemui 15 minit selepas dilaporkan hilang oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat. Dalam kejadian kedua jam 3.30 petang di Kampung Teluk Kandis, Salor di Kota Bharu, remaja sindrom down, Eng Soon Fatt, 16, dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjatuh dalam tali air di kampung berkenaan. Sehingga jam 10 malam tadi, mangsa belum ditemui tetapi usaha mencari masih diteruskan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kota Darulnaim.

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix