Thursday, July 09, 2009

Sinar Harian 07/07/2009

Kusial Baru idam kesemua piala liga

TANAH MERAH - Penaung pasukan bola sepak Perumahan Kusial Baru, Datuk Mohamad Roslan Mohamad menyarankan pemain agarbermain bersungguh-sungguh dan merampas kesemua piala liga kejohanan yang bakal dipertandi-ngkan nanti.

Kejohanan tersebut termasuk Liga Sukan Komuniti, Piala KAFA dan Parlimen Tanah Merah.

Katanya, inilah medan bagi pasukan tersebut menunjukkan kehebatan mereka sebagai sebuah pasu-kan desa yang berkualiti selain mempamerkan corak permainan yang berprestasi.

“Taktik dan teknik permainan yang ditunjukkan pasukan Perumahan Kusial Baru profesional. Saya kagum dengan kebolehan mereka, malah yakin, kalau pasukan tersebut banyak mengadakan perlawanan persahabatan di luar Tanah Merah, mereka boleh maju setanding dengan pasukan lain di negeri ini,” katanya.

Bercakap kepada pemain selepas pertandingan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga DUN Gual Ipoh di Padang Majlis Daerah Tanah Merah kelmarin, Roslan memuji pemain pasukan tersebut yang gigih berjuang sehingga berjaya menewaskan Banggol Laha 3 gol 0.

“Saya menyarankan kepada pemain supaya bermain bersungguh-sungguh dalam usaha merealisasikan impian.

“Kalau DUN Gual Ipoh kita boleh juara, saya yakin kita juga boleh juarai dalam pertandingan la-in,” katanya.

Roslan juga memuji pasukan tempatan yang dianggotai pemain muda. Rata-rata pemain tersebut di bawah usia 23 tahun.

“Usia sebegitu penting dalam permainan bola sepak. Saya dah tengok prestasi pasukan Kusial Baru dan saya yakin mereka akan muncul sebagai sebuah pasukan yang mantap dan kuat,” katanya pada Sinar Harian.

Sambil menyifatkan kejayaan itu paling manis sejak dilantik menjadi penaung, Roslan juga memberikan pandangan tentang kejayaan pasukan di bawah pengurus Rozi Safaai.

“Bermainlah dengan cermat dan semangat kesuka-nan. Letakkan kejayaan di hadapan. Bermain dalam satu pasukan akan menjana kejayaan. Bila pasukan sudah kuat, akan ada ruang dan pelaung untuk mengorak langkah ke tahap tinggi,” katanya.

Roslan juga memberikan saranan supaya setiap pemain memiliki jati diri memajukan pasukan yang dibentuk dan jangan sesekali memperlekeh kejayaan yang dimiliki kerana kejayaan itu bukan milik individu tetapi pasukan.

"Kito Anok Kusia"
Anak Kusial, Perantau Kusial, ISVKB,ISPKB & Sri Guillemard

No comments:

 

Free shoutbox @ ShoutMix